SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Ahad, 1 April 2012

MAJLIS PENYERAHAN BUKU DBP OLEH MANTAN PENGARAH DBP

Pada 2 April 2012 merupakan satu sejarah untuk SMK Ungku Aziz apabila mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)iaitu Dato' Haji Termuzi bin Abdul aziz telah hadir dan membuat penyerahan buku-buku Dewan Bahasa dan Pustaka dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna. Dato' Haji Termuzi bin Abdul Aziz merupakan mantan Pengetua atau Guru Besar SMK Ungku Aziz pada tahun 70an dulu. Dato'Haji Termuzi Abdul Aziz menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka mulai 1 Februari 2009 hingga 31 Januari 2012. Beliau mula dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP sewaktu berusia 64 tahun. Beliau dilahirkan pada 7 November 1944.
   
Kunjungan beliau kali ini ke SMK Ungku Aziz tentulah akan  menjadi kenangan manis kerana beliau tentu dapat mengingati kembali nostalgia semasa menjadi pengetua pada  tahun 70an yang lalu.Selain itu beliau dapat melihat kemajuan sekolah jika dibandingkan sewaktu beliau menjadi pengetua dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan