SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Rabu, 11 April 2012

NILAI MURNI MASYARAKAT MALAYSIA?

Sekian lama masyarakat Malaysia dikenal sebagai masyarakat yang mempunyai nilai murni yang baik. Bukan sahaja masyarakat tempatan yang beranggapan begitu, malahan masyarakat luar negara pun mengenal masyarakat Malaysia dengan tanggapan begitu. Sopan santun masyarakat ini kadang kala telah dijadikan sebagai satu modal agensi pelancongan untuk menarik minat pelancong luar negara untuk hadir melancong ke Malaysia. Malaysia telah dikatakan mempunyai ciri istimewa ini yang tiada pada negara lain. Antara amalan yang menjadi ciri yang istimewa ialah masyarakat yang bersopan santun, masyarakat yang bertolak ansur dan bersatu padu, masyarakat yang bekerjasama tanpa mengira kaum, masyarakat yang saling hormat menghormati anatar satu sama lain di samping masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran agama dan budaya. Betul ke semua ini. Baca beberapa situasi berikut:

Situasi 1
Anda memang tiada kesempatan untuk pergi ke bank pada waktu kerja. Selalunya urusan bank dilakukan menerusi kad. Disebabkan kad anda rosak, anda terpaksa berurusan di kaunter. Andapun pergi bank mengambil giliran dan menunggu nombor anda dipanggil. Sedang menunggu giliran tersebut, anda lihat giliran anda akan sampai tidak lama lagi. Anda juga melihat beberapa orang masuk ke bank tanpa mengambil giliran terus menyerahkan beberapa dokumen kepada kawannya yang sedang berurusan di kaunter. Anda berasa sangat marah kerana orang itu telah memotong barisan  menyebabkan anda terpaksa menunggu lebih lama. Dalam kes ini ada dua perkara yang menyebabkan anda bengang. Pertama, orang yang sedang berurusan di kaunter menerima dan membantu orang lain yang sepatutnya tidak berlaku sebab semua orang ingin cepat. Kedua, pegawai bank tersebut sepatutnya tidak melayan seseorang yang melakukan urusan untuk orang lain. Dalam situasi ini, bermoralkah masyarakat Malaysia seperti yang disebut di awal tulisan ini?

Situasi 2
Anda tinggal di kawasan taman perumahan. Jiran sebelah anda ingin mengadakan kenduri atau jamuan di rumahnya. Dia pula tidak memberitahu anda  dan meminta kebenaran anda untuk memasang kanopy di hadapan rumah anda. Sewaktu jamuan diadakan, suasana sangat bising dengan muzik bergema sampai tengah malam. Anda pula ada hal ingin keluar pada malam itu, tetapi hadapan rumah penuh dengan kerusi meja. Kereta anda tidak boleh keluar daripada kawasan rumah.Adakah ini  gambaran nilai baik masyarakat Malaysia?

Situasi 3
Anda telah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat di bandar. Disebabkan tempat tinggal anda jauh daripada tempat mesyuarat, anda telah pergi lebih awal agar tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di bandar tersebut. Anda memang ingin cepat sampai dan ingin menggelakkan kesesakan tersebut. Namun, walaupun telah dirancang awal, namun anda terbabit juga dalam kesesakan. Semasa sedang menunggu dan beratur dalam kesesakan tersebut, anda lihat sebahagian kereta memotong di sebelah kiri iaitu di bahu jalan. Perkara ini dilakukan secara selamba tanpa rasa bersalah kepada peraturan dan kepada orang lain yang sedang menunggu dan beratur. Sekali lagi inilakah nilai murni masyarakat Malayasia?

Situasi 4
Anda menghadiri satu kursus atau taklimat di suatu tempat. Peserta sangat ramai. Sewaktu makan atau minum, semua peserta terpaksa beratur panjang untuk mengambil makanan. Sedang beratur, anda lihat ada sebahagian perserta yang dengan muka sardin, memotong barisan dan dengan selamba mengambil makanan duhulu sedangkan masih ramai lagi yang sedang beratur menunggu giliran. Apa yang peliknya, peserta-peserta ini adalah dalam kalangan orang terpelajar. Rupanya ilmu yang tinggi tidak semestinya menggambarkan budi bahasa atau sopan santun yang tinggi. Inikah yang dikatakan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan