SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Isnin, 23 April 2012

SUARIANS IN THE LIMELIGHT 2012

Pada 21 April 2012 yang lalu, satu program yang  dianjurkan oleh unit bahasa SMK Ungku Aziz dengan kerjasama sektor kokurikulum telah dijalankan di Dewan Profesor. Program ini di namakan "Suarians In The Limelight 2012!".
        Program ini dirancang dan dilaksanakan untuk memberi peluang kepada semua warga SUA menyaksikan sendiri kamampuan dan bakat yang ada pada pelajar-pelajar SUA yang telah menyertai pertandingan koakademik peringkat daerah Sabak Bernam. Gabungan persembahan yang dijalankan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini dilihat sangat menarik dan menghiburkan. Harapan pihak sekolah, dengan menyaksikan sendiri persembahan ini, akan menimbulkan rasa minat pelajar-pelajar yag tidak menyertai pertandingan ini di samping memberi penghargaan kepada mereka yang bertanding. Antara persembahan yang dipertontonkan ialah, Coral Speaking, Deklamasi Sajak, Bicara  Berirama, Drama    Inggeris, Pantun, pidato bahasa Melayu dan pidato bahasa Inggeris.
         Antara kejayaan SUA dalam pertandingan koakademik peringkat daerah ialah menjadi Johan dalam pertandingan Bicara Berirama, Naib Johan pertandingan Drama Inggeris, Naib Johan Pesta Pantun, Naib Johan Bahas Bahasa Inggeris, Naib Johan Pidato Bahasa Inggerisdan tempat ketiga Pidato BM PDRM. Persembahan yang dijalankan telah memperlihatkan mutu persembahan yang baik dan boleh dipertingkatkan pada masa hadapan. Tahniah kepada semua guru pembimbing yang telah berjaya menggilap bakat yang ada dan seterusnya meraih kejayaan di peringkat daerah.

Pidato BM
Coral Speaking


Sajak
Pidato BI


Drama BI
Drama BI


Pantun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan