SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Isnin, 9 April 2012

GURU-GURU SUA TUNJUKKAN KEBOLEHAN

Pada tanggal 7 April 2012 yang lalu, bertempat di Kolej Komuniti Sabak Bernam, unit perkembangan staf SMK Ungku Aziz telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali 2 yang melibatkan semua guru. LADAP kali ini lebih banyak tertumpu kepada memberi ulasan ringkas mengenai isi buku serta memberi penilaian tentang kekuatan dan kelemahan isi buku atau dalam bahasa Inggerisnya Book Review.
        Ini merupakan julung-julung kalinya "Book Review" dilaksanakan dalam Ladap di SMK Ungku Aziz. Walaupun ini meruapakan kali pertama dilaksanakan, namun 5 orang guru yang mengulas buku ini nampaknya telah berjaya menunujkkan kebolehan masing-masing sewaktu membentangkan ulasan buku yang telah dibaca kepada semua guru. Pembentangan ulasan buku ini dimulakan oleh Encik Haron bin Mokhtar yang mengulas buku Pengurusan Stres karya Dr Fazilah Kamsah. Encik Haron dilihat berjaya mengupas kandungan buku ini dengan baik sekali. Beliau mengaitkan pengalaman peribadi sewaktu menyatakan contoh-contoh yang berkaitan. Setidak-tidaknya, daripada pembentangan ulasan buku ini telah memberikan sedikit info kepada semua guru tentang cara menguruskan stres yang sangat rapat kaitannya dengan tugas sebagai guru. Selain itu, ini juga menimbulkan telah minat  guru-guru untuk membaca buku ini pada masa akan datang.
        Pembentang kedua "Book Review" ini ialah Tuan Haji Mohd Saa'ri bin Mohd Sanusi. Beliau telah membentangkan ulasan buku Pengurusan Konflik yang dikarang oleh Mohd Foad bin Sakdan. Tuan Haji Mohd Saa'ri juga telah berjaya membentangkan ulasan buku ini dengan baik. Banyak info tentang pengurusan konflik yang dapat dikongsi semasa pembentangan beliau. Antara yang disentuh ialah definisi konflik secara umum, memahami pelbagai tingkat konflik dan mengetahui tentang kewujudan politik organisasi yang memiliki dua wajah iaitu kebaikan dan keburukan. Selanjutnya beliau menyentuh aplikasi ilmu dalam organisasi dan P&P.
       Pembentang ketiga pula ialah Puan Saridah Hussein yang telah membuat ulasan buku Kerja Berpasukan karya Yeop Hussin Bidin. Ulasan beliau tertumpu kepada kepentingan kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi kerana hal ini penting demi menjayakan sesebuah organisasi itu. Selepas itu, pembentangan diteruskan oleh Encik Abdullah Ali yang telah membentangkan buku yang bertajukAsas Pengurusan yang ditulis oleh Prof. Dr. Jaafar Muhamad. Walaupun buku ini menyentuh asas pengurusan, Encik Abdullah Ali telah menumpukan aspek Komunikasi dalam pengurusan sahaja sewaktu mengulas buku ini. Beliau telah memperincikan tentang fungsi komunikasi, bentuk komunikasi, proses komunikasi, pola atau   jenis komunikasi, rangkaian kominukasi, halangan komunikasi yang berkesan dan sekatan dalam komunikasi. Selain itu, turut disentuh cara mengatasi sekatan komunikasi dan kepentingan komunikasi pada masa hadapan.
        Pembentang terakhr ialah Encik Kamaruzzaman Daud. Beliau tealh membentangkan ulasan buku Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. Buku ini merupakan kumpulan makalah tetang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baik. Antara tajuk makalah yang terdapat dalam buku ini ialah Strategi Mengatasi Masalah Pembelajaran Kimia oleh Aishah Mokhtar, Pendekatan Kauseling Islam: Membangunkan Modal Insan Melalui Bimbingan Kaunseling di Sekolah karya Azharizan Salmi dan Penggunaan Analogi dalam P&P Fizik yang berkesan oleh Hj Borhan Ramli.
        Kesimpulannya, semua guru telah berjaya menunjukkan kebolehan masing-masing sewaktu membentangkan ulasan buku atau "Book Review"ini. Sebenarnya masih ramai guru yang mempunyai bakat dan kebolehan yang boleh digilap sepertimana yang ditujukkan oleh lima orang guru yang telah membentangkan ulasan tersebut. Syabas semua.
        Selain "Book Review", Puan Bastiah Ramli , Guru Kanan Mata Pelajaran Matematik Sains telah memberikan taklimat berhubung dengan pelaksanaan Lesson Study di sekolah muai bulan April ini. Ini merupakan satu bentuk pengajaran yang disediakan oleh kumpulan guru. LS ini bertujuan meningkatkan pembelajaran dan pengajaran di samping untuk menarik minat pelajar dengan penyediaan rancangan pengajaran yang lebih teliti dan menyeluruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan