SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Selasa, 27 Mac 2012

MINGGU PENDIDIKAN KERJAYA 2012 SMK UNGKU AZIZ

Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama PIBG, Pusat Sumber Sekolah, Panitia Seni Visual dan Panitia Teknologi Maklumat telah mengadakan Minggu Pendidikan Kerjaya 2012 mulai 26-29 Mac 2012. Program ini merupakan satu program yang memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan informasi kerjaya pada masa ini. Adalah sangat penting bagi pelajar untuk mengetahui dan memahami bidang pekerjaan yang mereka minati. Selain itu, program ini dapat menimbulkan kesedaran  dalam kalangan pelajar supaya mereka menjadi lebih bersedia menghadapi alam kerjaya pada masa hadapan. Program ini akan berlangsung selama 4 hari dengan pelbagai pengisiannya.
      Antara objektif yang digariskan dalam program ini ialah:
           
              * Melahirkan pelajar yang berwibawa dan bijak mengatur strategi bagi mencapai impian dan cita-cita.

              * Meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan dunia kerjaya.

              * Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang proses pelajaran ke arah kerjaya.

              * Membentuk modal insan yang berkeyakinan dalam membentuk sahsiah kendiri seperti                    
                 berkeyakinan, bertanggung jawab dan berdisiplin.

      Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah dan Pameran Kerjaya, Pertandingan Eksplorasi Kerjaya, Pertandingan Poster Kerjaya Berkomputer, pertandingan papan aliran, pertandingan papan universiti, pertandingan buku skrap kerjaya, pamplet kerjaya dan penanda buku kerjaya. Diharapkan semua aktiviti ini akan mampu meningkatkan pengetahuan pelajar tentang kerjaya.
           

Ahad, 25 Mac 2012

PROGRAM 4 DALAM 1

       Pada hari Sabtu bersamaan 24 Mac 2012, SMK Ungku Aziz sekali lagi menempa sejarah dengan penganjuran program 4 dalam 1. Inilah julung-julung kalinya program seperti ini diadakan. Program yang dimaksudkan ialah Mesyuarat Agung PIBG ke 26, Ceramah Keibubapaan, Hari Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam dan Pelancaran Briged Penyelamat Sungai.
       Program-program tersebut dimulakan dengan Ceramah Keibubapaan yang bertajuk Menentukan Hala Tuju Kerjaya dan Kehidupan Anak-anak oleh Ustaz Ahmadi bin Abas, Penolong Kanan Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Sabak Bernam. Ceramah yang menarik ini telah memberikan kesedaran kepada ibu bapa penjaga serta guru-guru. Ceramah ini sarat dengan panduan mendidik anak-anak dan adakalanya menyentuh perasaan pendengar.
        Selepas selesai ceramah, program diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG ke 26. Mesyuarat kali ini menarik kerana ramai ibu bapa penjaga yang hadir. Selain itu, sebanyak lima usul yang dibawa oleh AJK PIBG dan pihak sekolah telah berjaya dibahas dan diliuluskan. Usul yang paling menarik ialah usul tentang penyeragaman potongan rambut pelajar lelaki SMK Ungku Aziz telah diluluskan iaitu potongan nombor 4. Usul ini dikemukakan untuk menyeragamkan potongan rambut pelajar-pelajar yang selama ini mempunyai pelbagai bentuk dan fesyen potongan rambut mereka. Selain itu dengan adanya penyeragaman ini, pelajar SUA senang dikenali.Disebabkan adanya usul yang agak banyak dan adanya pemilihan tahun ini, mesyuarat berlangsung agak lama daripada waktu yang dijangkakan.
        Selesai mesyuarat agung, program diteruskan dengan acara perasmian dan majlis penyampaian anugerah untuk pelajar-pelajar yang cemerlang PMR, SPM dan STPM 2011. Acara ini dimulakan dengan ucapan pengetua, Puan Hajah Salehar yang menyentuh perkembangan sekolah dan perkara-perkara baharu dalam bidang pendidikan seperti PBS, PAV dan sebagainya. Ucapan YDP PIBG Dato' Haji Warno pula menyentuh peranan PIBG dalam menyokong aktiviti sekolah dan sumbangan beliau dalam menjayakan aktiviti sekolah. Akhir sekali ialah ucapan perasmian oleh Tuan Abdul Halem bin Mat Som, Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ucapan beliau menyentuh tentang penglibatan SYABAS dalam aktiviti pendidikan di sekolah dan seterusnya menghuraikan tentang peranan SYABAS serta keperluan masyarakat memanfaatkan penggunaan air dalam kehidupan.
Akhir sekali, beliau telah bersetuju membawa permohonan sekolah untuk dibincangkan di peringkat tertinggi SYABAS dan mengumumkan sumbangan peribadi beliau.
        Sebelum acara penyampaian anugerah, beliau telah melancarkan kelab Briged Penyelamat Sungai SMK Ungku Aziz dan menyampaikan sijil kepada ahli-ahli kelab tersebut. Persembahan-persembahan pelajar hari itu dimulakan dengan nyanyian Koir Kelab Briged Penyelamat Sungai dan persembahan nasid. Acara penyampaian hadiah kecemerlangan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Sajat, Penolong PPD, Unit Pengurusan Sekolah. Anugerah terbaik PMR disandang oleh Nur Afiqah bt Mohd Yusof dan Nurulathirah Aqilah bt Kamarunzaman. Penerima anugerah terbaik SPM pula diperolehoi oleh Ng Keat Hui yang berjaya memperolehi 10A+ (semua A+) dan Siti Nur A'in bt Mohamad Ayob yang memperolehi 9A. Pelajar terbaik STPM pula diperoleh oleh Shasikala a/p Aridas (3.50) dan Siti Aisyah bt Rahmat (3.50). Tahniah kepada semua penerima anugerah kecemerlangan.
         Acara terakhir hari tersebut ialah cabutan nama bertuah kepada ibui bapa penjaga dan guru-guru. Sebanyak lebih 60 hadiah telah disediakan untuk acara ini dan tahniah kepada yang berjaya.




Ustaz Ahmadi Abas
Sebahagian Ibu yang hadir
Cenderamata untuk penceramah

Sebahagian Bapa




Panitia yang menerima Sijil
Buku Program
Anugerah Kecemerlangan



Pelancaean Briged Penyelamat Sungai



Tekun Bermesyuarat







     

Rabu, 21 Mac 2012

SMK UNGKU AZIZ CEMERLANG DALAM SPM 2011

Keputusan SPM 2011 telah diumumkan secara rasmi pada 21 Mac 2012. Berita yang paling menggembirakan ialah SMK Ungku Aziz telah berjaya mencatatkan satu keputusan yang lebih baik berbanding dengan keputusan SPM 2010 yang lalu. Tahniah dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon SPM 2011, guru-guru mata pelajaran yang mengajar serta seluruh warga SUA yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kejayaan yang penuh bererti ini.
        Dalam keputusan SPM 2011 yang diumumkan ini,  SMK Ungku Aziz telah berjaya meningkatkan  peratus lulus daripada 91.94peratus (2010) kepada 97.6 peratus pada tahun 2011. Manakala Gred Purata Sekolah (GPS), SMK Ungku Aziz telah menunjukkan peningkatan daripada 5.10 kepada 4.88. Ini menunjukkan SMK Ungku Aziz telah meningkatkan pencapaian dalam kedua-dua aspek kualiti dan kuantiti. Pencapaian ini jelas menunjukkan keputusan SPM 2011 merupakan keputuasan terbaik SPM yang pernah dicatatkan. Apa yang paling menggembirakan serta membanggakan ialah ada seorang pelajar iaitu Ng Keat Hui telah berjaya memperolehi semua A+ dalam 10 subjek yang diambilnya dan menjadikannya pelajar paling cemerlang bagi SPM 2011. Ini merupakan satu sejarah bagi SMK Ungku Aziz kerana inilah julung-julung kalinya sekolah dapat menghasilkan seorang pelajar yang mendapat semua A+.
        Selain itu, SMK Ungku Aziz juga telah muncul sebagai sekolah menengah harian biasa yang terbaik bagi daerah Sabak Bernam di samping menduduki tempat ke 6 bagi seluruh sekolah menengah di daerah Sabak Bernam. Sekolah-sekolah lain yang berada di atas SUA ialah SBPI, SMKA S5, SAM Ampuan Jemaah, SAMT Sultan Salehuddin dan SAM Muhamadiah. Tahniah SMK Ungku Aziz!
Semua A+
Ng Keat Hui 10A+
        Suasana meriah di Dewan Professor dengan sebahagian besar calon SPM tahun 2011 mengambil keputusan masing-masing. Selain Ng, ada 25 orang lagi pelajar cemerlang yang memperolehi sekurang-kurangnya 6A.
Semua A Siti Nur A'in

Pelajar Cemerlang


Gembira
Ng Sedang Berucap

Pelajar Gembira Dengan Keputusan


Gembira Tidak Terkata
Senyum

Sebahagian Daripada Pelajar Cemerlang SPM 2011


Jumaat, 16 Mac 2012

FENOMENA NGANTUK DAN TIDUR DI KELAS


  Fenomena mengantuk dan tidur di dalam kelas memang menjadi lumrah dalam kalangan pelajar hari ini. Rata-rata sekolah menghadapi masalah ini tidak kira pelajar sekolah harian biasa, sekolah berasrama atau sekolah berasrama penuh. Yang menjadi persoalannya ialah mengapakah keadaan ini berlaku? apakah yang menyebabkan pelajar-pelajar rasa mengantuk di dalam kelas? Adakah pengajaran guru membosankan? Adakah pelajar tidak berminat terhadap sesuatu subjek itu? Adakah suasana kelas yang kurang kondusif menyebabkan timbulnya rasa mengantuk? Adakah semua ini disebabkan oleh pelajar itu sendiri yang kurang tidur semasa di asrama atau di rumah? Adakah pelajar terlalu dibebankan dengan jadual waktu yang sangat padat dan waktu rehat yang sangat kurang sewaktu di sekolah? Adakah kerana pelajar terlalu aktif dengan kegiatan kokurikulum? Adakah semua ini disebabkan faktor makanan? Adakah disebabkan rasa lapar?Semua persoalan ini hanya dapat dijawab oleh pelajar yang terlibat.
       Sebenarnya bilangan pelajar yang ngantuk dan tidur semasa di dalam kelas ini mungkin tidaklah seramai mana.Namun semakin hari semakin ramai pelajar yang mengantuk dan tertidur semasa berada di dalam kelas sama ada sewaktu tiada guru mahupun ketika guru sedang mengajar. Isu ini perlu ditangani kerana pelajar yang tidur sewaktu di dalam kelas sudah tentu tidak memperoleh apa-apa ilmu dan sudah pasti tidak akan dapat membantunya untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Kita harus melihat faktor atau punca keadaan ini terjadi.
       Menyentuh soal mengantuk dalam kelas, isu ini bukanlah suatu isu yang baharu. Punca mengantuk ada banyak faktor. Kalau kita perasan betul-betul rasa mengantuk ini akan lebih ketara apabila masuk ke sekolah berasrama. Ini kerana sistem makan di sekolah berasrama mengikut jadual menjadikan para pelajar hanya boleh makan pada waktu yang ditetapkan. Berbanding kalau kita berada  di rumah kita boleh makan pada bila-bila masa sahaja. Di asrama kalau terlepas waktu makan disebabkan sibuk atau  tertidur maka pelajar tersebut tidak dapat makan. Hal ini amat menyumbang kepada faktor mengantuk dalam kelas terutama kepada para pelajar yang kurang berada.
          Selain itu punca lain mengantuk dalam kelas adalah waktu rehat dan tidur yang tidak menentu. Malam ini tidur pukul 11 malam esok pukul 1 pagi malam semalam pukul 9.00 malam. Jadi tidur yang tidak konsisten waktunya boleh menjadikan pelajar jadi mengantuk dalam kelas. Ini disebabkan otak kita seolah-olah tidak boleh hendak menentukan waktu tidur kita yang sebenarnya. Justeru, otak akan jadi letih dan mulalah kita tidur sewaktu kita dalam kelas.
          Makanan yang kita makan juga boleh menyebabkan kita mengantuk. Makanan yang berlemak seperti nasi lemak, makan makanan dalam kuantiti yang banyak semasa sarapan serta makan makanan yang tidak berkhasiat seperti 'junk food" yang berlebihan boleh juga menyebabkan mengantuk. Makanan berlemak yang dimakan akan menyebabkan proses pembakaran makanan tersebut dalam badan berlaku secara intensif. Proses pembakaran ini menyebabkan banyak oksigen dalam badan diperlukan untuk membantu proses pembakaran ini. Maka hal ini menjadikan  oksigen kurang dihantar ke otak. Apabila kurang oksigen dihantar ke otak maka kita akan jadi mengantuk.
         Tidur yang tidak cukup ataupun terlebih tidur  juga menyumbang rasa mengantuk dalam kelas. Untuk itu adalah sangat baik jika kita sentiasa tidur pada waktu yang konsisten. Para pelajar sekolah seeloknya tidur 6 jam sehari. Tengah haripun kalau boleh tidur sekejap dalam  lingkungan10 minit. Kalau tidak dapat  lelap, baring dan pejamkan mata  dalam 10 minit.
        Tidur yang berlebihanpun bukanlah sesuatu yang baik ... otak akan terangsang untuk  tidur  sepanjang masa maka kita akan jadi mengantuk sepanjang masa.  Ada orang mengatakan faktor genetik juga boleh dikaitkan dengan mengantuk dalam kelas.  Bagaimanapun perkara ini tidak dapat dibuktikan. Apa-apapun berkawan dengan orang yang mengantuk atau duduk dekat dengan mereka pun boleh menjadikan kita mengantuk, seolah-olah berjangkit.
         Cara untuk menghilangkan rasa mengantuk sewaktu dalam kelas ialah pelajar senantiasa membawa bersama air masak (air mineral pun boleh!). Mengikut kajian saintifik, otak kita ini memerlukan 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. apabila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Tetapi tidak ramai pelajar yang mahu membawa air kosong ini kecuali pelajar Cina.
       Selain itu apabila rasa mengantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka bolehlah keluar dari bilik darjah dengan serta merta untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah rasa ngantuk akan hilang. Lebih baik lagi kalau ambil wudhu. Pelajar juga boleh pergi ke kawasan yang bercahaya, kawasan yang bercahaya dapat menyegarkan mata kita yang berat.. Boleh duduk bawah lampu, kalau kelas tuh gelap.
Gambar Hiasan Sahaja
Gambar Hiasan Sahaja
       Untuk menghilangkan rasa mengantuk juga bolehlah melakukan senaman ringan. Ia dilihat berkesan, sebab apabila buat senaman badan kita ataupun otot kita ini bergerak. Jadinya segala abdomen badan  kita yang malas akan terjaga dan akan mengaktifkan hormon. Pelajar juga boleh memandang ke sekeliling. Jangan la asyik fokus satu tempat , Papan hitan, papan putih depan itu! Memang la mengantuk, kalau dalam kelas tu mengadap muka guru atau papan putih sahaja. Jadi disarankan agar pelajar juga memandang l sekeliling, Pelajar juga boleh banyakkan bertanya. Selain dapat elakkan mengantuk, dapat menjadikan kita lebih faham. 
Gambar Hiasan Sahaja
         Kesimpulannya, mengantuk dan tertidur di dalam kelas merupakan fenomena biasa dewasa ini. Namun sebagai guru, mestilah prihatin akan fenomena ini dan membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah ini dengan pendekatan yang sesuai agar pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Antara yang boleh dilakukan ialah memberikan nasihat yang baik, bertindak dengan tegas dan meningkatkan penglibatan pelajar serta kaedah yang sesuai bagi memancing minat dan fokus pelajar  sewaktu di dalam kelas.





Khamis, 15 Mac 2012

PASUKAN KADET POLIS SUA BERLATIH MENGGUNAKAN SENJATA API

Pada petang 7 Mac 2012 yang lalu, pasukan unit pakaian seragam Kadet Polis SUA telah mengadakan aktiviti yang sangat menarik. Dengan kerjasama dan bantuan daripada anggota-anggota PDRM IPD Sabak Bernam, satu demontrasi latihan menggunakan senjata api M16 telah diadakan di Dewan Professor SMK Ungku Aziz dengan dihadiri oleh ahli-ahli Pasukan Kadet Polis SUA bersama-sama dengan guru penasihat iaitu Tuan Haji Zainal Abidin Puniran serta Cik Hazirah bt Amran.

       Semua ahli kadet yang hadir telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai senjata api M16 ini oleh pegawai polis yang hadir. Antara yang diterangkan ialah cara penggunaan senjata tersebut, cara memasang peluru dan cara untuk menembak. Serentak dengan penerangan ini, pegawai polis tersebut juga telah memberi tujuk cara atau demontrasi cara penggunaan M16 tersebut. Selama ini ramai yang tidak tahu tentang senjata api ini dan hanya menyaksikannya dalam rancangan-rancanagan tv. Melalui aktiviti pada hari tersebut, ahli kadet dapat menyaksikan dengan secara dekat akan senjata api M16 ini dan berpeluang untuk mencuba menggunakannya.

Tekun Mendengar Penerangan
Tunjuk cara memegang M16
Kadet Lelaki yang ingin mencuba


Sebahagian aksi


Tunjuk cara menembak yang betul
Tertarik dengan penerangan

Sebahagian demontrasi


Kadet Lelaki Bersedia untuk mencuba

Sebahagian kadet wanita
Bersedia untuk memulakan
Memberi penerangan 

Selasa, 13 Mac 2012

BINGKISAN CUTI KESINAMBUNGAN PEMBELAJARAN

Musim cuti persekolahan datang lagi...walaupun cuti cuma seminggu namun kemeriahan cuti tersebut tetap terasa. Bagi pelajar-pelajar SMK Ungku Aziz, kedatangan cuti memang dinanti-nantikan. Apabila cuti macam ini, mereka akan teringat akan bingkisan yang akan mereka bawa balik pada hari akhir sekolah. Itulah yang dinamakan Bingkisan Cuti. Memang ada kalangan pelajar yang tidak sabar-sabar menunggu untuk mendapatkan bingkisan cuti ini. Belumpun cikgu umumkan atau beritahu, mereka sudahpun bertanyakan tentang Bingkisan Cuti yang istimewa ini. Tanpa Bingkisan Cuti ini macam tidak lengkap percutian mereka. Tanpa bingkisan ini seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena atau ada sesuatu yang kurang masa cuti ini. Inilah hebatnya aura Bingkisan Cuti ini. Bingkisan Cuti (BC) ini sudah menjadi semacam sinonim di SUA menjelang cuti.
        BC ini sebenarnya lahir daripada rasa sayang guru-guru kepada pelajar. Guru-guru sayang akan anak-anak didiknya, lantaran itulah mereka menyediakan sesuatu untuk dilakukan semasa cuti sekolah. Latihan-latihan yang diberikan ini sebenarnya adalah usaha terancang pihak sekolah bagi memastikan setiap pelajar dapat menggunakan masa cuti sekolah ini dengan sebaik mungkin. Dengan kata lain, pihak sekolah mahu meneruskan pembelajaran pelajar-pelajar ini semasa cuti sekolah. Pihak sekolah, khususnya guru-guru mahu anak didik mereka sentiasa mengingati pelajaran mereka supaya apabila bersekolah semula, mereka semua sudah bersedia.
        Walaupun usaha ini baik, namun diharapkan semua ini akan mendapat kerjasama daripada pihak ibu bapa penjaga pelajar-pelajar ini. Tanpa kerjasama ini sukar untuk menjadikan  objektif ini tercapai. Ibu bapa penjaga mestilah senantiasa berfikiran terbuka dan senantiasa memantau anak-anak jagaan mereka membuat BC ini. Dengan adanya kerjasama dua hala ini akan dapat membantu pihak sekolah menjalankan program  BC ini dengan sebaik mungkin. Pihak sekolah membelanjakan sejumlah peruntukan untuk BC ini dan diharapkan semuanya memberi pulangan yang membanggakan. Pepatah Melayu ada mengatakan "Kalau Tidak dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya" bermakna bukan mudah untuk mengecapi sesuatu kejayaan itu. Selamat Bercuti.

Khamis, 8 Mac 2012

KEPUTUSAN STPM 2011 SMK UNGKU AZIZ MEROSOT

      Seperti yang telah diketahui ramai, pengumuman keputusan STPM akan dilakukan pada 7 Mac 2012. Masing-masing menunggu dengan penuh debaran. Calon-calon STPM 2011 tentulah berdebar-debar sangat. Guru-guru yang terlibat dalam mengajar calon STPM tahun 2011 tentulah juga berdebar-debar.Dapat ke anak didik lulus 100 peratus dalam subjek yang mereka ajar. Bagaimana pula dengan kualiti? Meningkat ke? Berapa ramai yang dapat keputusan yang cemerlang? Mampu ke tahun ini menghasilkan pelajar dapat semua A? Barisan pentadbir pun tentulah juga berdebar-debar menantikan keputusan ini. Cemerlang keputusannya bermakna semakin naiklah kedudukan sekolah dalam NKRA. Cikgu-cikgu yang lain dan seluruh warga SUA tentulah ternanti-nanti akan keputusan ini. Setidak-tidaknya mahu berkongsi kejayaan dan kegembiraan.
Shasikala 3.50
Siti Aishah (3.50) dan Syakira


Sebahagian calon sedang mengambil keputusan

Tekun meneliti keputusan yang diperoleh
Menerima sijil-sijil


Suasana semasa mengambil keputusan

Mengisi borang maklumat diri
Sedih ke?


En. Abdullah menerangkan sesuatu
      Apa yang diharapkan pertamanya ialah kejayaan mengekalkan kelulusan 100 peratus. Sudah dua tahun berturut-turut SUA mencapai kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan STPM. Harap tahun 2011 yang keputusannya akan diketahui sebentar lagi dapat mengekalkan 100 peratus itu. Lagi satu kita harapkan kualiti keputusan tahun ini akan lebih baik dengan peningkatan GPS. Namun keputusan rasmi yang diperoleh menunjukkan SMK Ungku Aziz mengalami kemerosotan dalam peperiksaan STPM 2011 yang baru diumumkan. Peratus lulus telah menurun daripada 100 peratus kepada 96.6 peratus. Ini berikutan 3 daripada 88 calon yang mengambil peperiksaan telah gagal memperolehi prinsipal. 2 orang pelajar terbaik yang memperolehi PNGK 3.50 ialah Siti Aishah bt Rahmat dan Shasikala a/p Aridas. Tahniah kepada semua yang berjaya dan semoga ramai yang akan berjaya mencapai cita-cita ke menara gading tahun ini. Kepada semua calon STPM 2012, cabaran menanti anda semua. Sahutlah cabaran pengetua dan lakukan yang lebih baik pada tahun ini untuk mengembalikan SMK Ungku Aziz ke landasan yang sepatutnya. Tahniah kepada semua guru, anda semua telah melakukan yang terbaik.....

Rabu, 7 Mac 2012

PAKAIAN SERAGAM SETIAP HARI RABU

SMK Ungku Aziz telah menyahut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia memakai pakaian seragam lengkap semasa sesi persekolahan iaitu setiap hari Rabu. Pemakaian pekaian seragam lengkap ini bukan sahaja melibatkan semua pelajar malahan semua guru dimestikan memakain pakaian seragam lengakap pada setiap hari rabu. Walaupun usaha ini menghadapi beberapa masalah pada peringkaat awal, namun dengan ketegasan tuan pengetua, hal ini dapat diperkemaskan pada seiap minggu. Pemakaian pakaian seragam ini seolah-olah telah menjadi watak sekolah pada masa ini.
       Memang sesuatu yang menarik apabila melihat semua warga sekolah memakai pakaian seragam unit beruniform pada setiap hari rabu. Pelbagai unit pakaian seragam yang ada menambahkan variasi semasa perhimpunan pagi.Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, PKBM,Kadet Polis, St John Ambulance, Kadet Bomba dan Penyelamat, Kadet Pertahanan Awam, Pandu Puteri dan Puteri Islam.
Pengakap
Kadet Remaja Sekolah
Puteri Islam

Kadet Bomba dan Penyelamat
Kadet Pertahanan Awam
PKBM
Kadet Polis
St John Ambulan