SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Selasa, 10 April 2012

MAJLIS PELANCARAN MEMOTONG RAMBUT PELAJAR LELAKI

Yang Dipertua PIBG SMK Ungku Aziz yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sabak, Yang Berhormat Dato' Haji Warno bin Haji Dogol telah hadir dan melancarkan majlis pemotongan rambut pelajar lelaki SMK Ungku Aziz pada 10 April 2012.
       Majlis ini merupakan suatu tanda simbolik bermulanya satu standard pemotongan rambut bagi pelajar lelaki. Sebagai rekod, usaha untuk menyeragamkan stail potongan rambut ini bermula daripada lawatan guru-guru dan wakil PIBG SUA ke SMJK Sin Min Sungai Petani baru-baru ini. Di sekolah ini pelajar-pelajar lelakinya telah ditetapkan potongan rambutnya nombor 2. Menyedari perkara ini sangat baik untuk memupuk disiplin pelajar, pihak sekolah melalui unit disiplin telah membuat usul agar semua pelajar lelaki SUA dipotong stail potongan nombor 4. Setelah dibahas, usul ini telah diluluskan sebulat suara dan YDP PIBG telah mengumumkan akan menaja sebahagian kos pemotongan rambut ini buat kali pertama.
      Oleh itu lanjutan daripada hal tersebut, semua ibu bapa penjaga telah dimaklumkan berhubung keputusan mesyuarat agung tersebut. Langkah ini adalah untuk mengelakkan ibu bapa penjaga yang tidak hadir semasa mesyuarat agung PIBG terperanjat. Hari ini YDP PIBG sendiri telah hadir ke sekolah untuk melancarkan majlis memotong rambut pelajar lelaki dengan potongan nombor 4. Seramai 3 orang pelajar secara sukarela bersetuju untuk dipotong rambut mereka dalam majlis ini yang mewakili 3 kaum iaitu MElayu, Cina dan India. Dalam ucapannya, YDP telah meminta semua pelajar lelaki SUA mematuhi keputusan sekolah ini untuk menjadikan pelajar SUA lebih berdisiplin dan pelajar seharusnya berbangga kerana langkah ini akan manjadikan SUA sekolah pertama di daerah ini yang menyeragamkan potongan rambut. Selain itu, ini boleh juga dijadikan sebagai watak sekolah SUA.

Sebahagian elajar yang menyaksikan majlis ini

Majlis Pelancaran 

YDP bergambar dengan 3 pelajar sukarela

YDP memulakan majlis memotong rambut





Wajah Selepas Rambut dipotong pendek
YB YDP PIBG sedang berucap



Tiada ulasan:

Catat Ulasan