SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Selasa, 27 Mac 2012

MINGGU PENDIDIKAN KERJAYA 2012 SMK UNGKU AZIZ

Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama PIBG, Pusat Sumber Sekolah, Panitia Seni Visual dan Panitia Teknologi Maklumat telah mengadakan Minggu Pendidikan Kerjaya 2012 mulai 26-29 Mac 2012. Program ini merupakan satu program yang memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan informasi kerjaya pada masa ini. Adalah sangat penting bagi pelajar untuk mengetahui dan memahami bidang pekerjaan yang mereka minati. Selain itu, program ini dapat menimbulkan kesedaran  dalam kalangan pelajar supaya mereka menjadi lebih bersedia menghadapi alam kerjaya pada masa hadapan. Program ini akan berlangsung selama 4 hari dengan pelbagai pengisiannya.
      Antara objektif yang digariskan dalam program ini ialah:
           
              * Melahirkan pelajar yang berwibawa dan bijak mengatur strategi bagi mencapai impian dan cita-cita.

              * Meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan dunia kerjaya.

              * Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang proses pelajaran ke arah kerjaya.

              * Membentuk modal insan yang berkeyakinan dalam membentuk sahsiah kendiri seperti                    
                 berkeyakinan, bertanggung jawab dan berdisiplin.

      Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah dan Pameran Kerjaya, Pertandingan Eksplorasi Kerjaya, Pertandingan Poster Kerjaya Berkomputer, pertandingan papan aliran, pertandingan papan universiti, pertandingan buku skrap kerjaya, pamplet kerjaya dan penanda buku kerjaya. Diharapkan semua aktiviti ini akan mampu meningkatkan pengetahuan pelajar tentang kerjaya.
           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan