SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Isnin, 16 Julai 2012

SEMINAR KEIBUBAPAAN MENANGANI ISU LGBT (LESBIAN,GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER)

Pada 15 Julai 2012 (Sabtu) yang lalu, Tuan Pengetua, Penolong Kanan, dua orang guru bimbingan dan kaunseling serta seorang guru PJK serta wakil PIBG SMK Ungku Aziz teah menghadiri satu seminar yang bertajuk Seminar Keibubapaan Menangani LGBP di Dewan Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Seminar ini telah dianjurkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Majlis Pemaufakatan PIBG Sekolah-sekolah Putrajaya.
       Antara objektif seminar ini ialah memberi pendedahan dan maklumat kepada peserta mengenai pengertian perlakuan LGBT, simptom-simptomnya serta pendekatan terbaik bagi membendung penularan budaya ini. Selain itu, seminar ini juga diharapkan boleh memberi kesedaran kepada peserta tentang pengaruh perlakuan LGBT yang semakin membimbangkan dalam cara hidup masyarakat dewasa ini. Objektif yang terakhir yang ingin dicapai ialah melebarluaskan program ini dalam ruang lingkup sekolah masing-masing dengan menyampaikan maklumat mengenai isu LGBT ini kepada ibu bapa.
       Pendekatan yang digunakan dalam seminar ini ialah dengan memberi pendedahan kepada peserta mengenai maklumat-maklumat berkaitan perlakuan LGBT ini. Selain itu, pendekatan yang turut sama digunakan semasa seminar ini ialah memberi pendedahan kepada peserta mengenai sejarah dan kesan perlakuan LGBT dalam senario kes di Indonesia. Pendekatan yang terakhir yang digunakan ialah melalui perkongsian pengalaman dengan individu yang pernah terjebak dalam gejala gay dan transdender.
       Seminar ini dimulakan dengan overiew tentang tajuk ini oleh Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh dari Husim Motivational and Counselling Consultancy. Selepas itu, dalam sesi yang kedua, telah diadakan forum perkongsian pengalaman bekas Gay dan Transgender. Sesi yang terakhir ialah Sejarah, Kesan LGBT dalam Konteks Indonesia oleh Dr Adian bin Husaini.
        Seminar ini diakhiri dengan rumusan seminar oleh Dato' Haji Shahlan bin Haji Ismail, Pengerusi Majlis Permaufakatan PIBG Sekolah-sekolah Putrajaya. Sebelum majlis berakhir, Tuan Haji Mohd Ruslan bin Sarmin, Guru Bimbngan dan Kaunseling SMK Ungku Aziz telah terpilih mewakili para peserta seminar bagi daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor telah membacakan rosolusi perseta seminar dan telah diserahkan kepada YBerbahagia Dato' Haji Shahlan Haji Ismail.

Sabtu, 14 Julai 2012

LADAP 14 JULAI 2012

Pada hari Sabtu bersamaan 14 Julai 2012, Unit Perkembangan Staf SMK Ungku Aziz telah menjalankan kursus dalam perkhidmatan (LADAP) untuk semua guru dan pekerja sokongan. Kumpulan guru telah ditempatkan di Dewan Kenari Biru manakala kumpulan pekerja sokongan LADAP telah diadakan di makmal ICT.
        Guru-guru telah didedahkan beberapa ceramah dan taklimat bermula dengan penerangan Konsep Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang disampaikan oleh Encik Azman Ali, Penolong Kanan SMK Ungku Aziz. Kemudian, diteruskankan dengan taklimat pengisian SPLG secara online oleh Setiausaha LADAP Tuan Haji Zainuddin bin Sahlan. Taklimat diteruskan lagi dengan penerangan tentang pengisian data HRMIS dan e-pangkat serta data EMIS oleh Cik Hazirah bt Amran. Slot yang terakhir ialah ceramah tentang Kepimpinan 360 darjah. Kepimpinan ini ada kaitanya dengan program ProD yang akan dilaksanakan di sekolah ini. Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Hajah Salehar bt Yaakop, Pengetua Kanan SMK Ungku Aziz Sabak Bernam.
          Kumpulan kakitangan sokongan pula telah disertai oleh beberapa orang pekerja daripada sekolah lain seperti SMK Sungai Besar, SMK Bagan Terap, SK Batu 38 dan SK Bagan Terap. Tajuk LADAP kumpulan ini ialah Etika Kerja Penjawat Awam. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Zamri bin Samsuddin, Pegawai Pendaftar PPD Sabak Bernam.
           Diharapkan objektif penganjuran LADAP ini akan tercapai dan segala ilmu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan dan menambahbaik mutu perkhidmatan.

Isnin, 9 Julai 2012

PERKAMPUNGAN ELIT PMR 2012

Sektor akademik SMK Ungku Aziz telah melaksanakan program Perkampungan Elit PMR 2012 pada 6-8 Julai 2012 yang lalu. Perkampungan ini telah dijalankan di asrama sekolah yang melibatkan 2 buah kelas elit tingkatan 3 iaitu tingkatan 3 Tekun dan tingkatan 3 Amanah dan beberapa orang  pelajar kelas lain yang telah menunujukkan prestasi baik semasa peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.
          Matlamat program ini ialah untuk meningkatkan prestasi PMR 2012 daripada segi kualiti dan kuantiti. Daripada segi kualitinya sekolah mensasarkan bilangan pelajar yang memperoleh semua A akan dapat ditingkatkan dengan sasaran utama sekolah ialah sekurang-kurangnya 30 orang pelajar yang mendapat  semua A dalam semua mata pelajaran dalam PMR tahun 2012 nanti.
         Objektif program pula ialah program ini dapat mendedahkan pelajar-pelajar kepada tenik menjawab soalan untuk skor A dengan bimbingan berfokus daripada guru-guru di samping memberi keyakinan dan motivasi kepada semua pelajar bahawa kejayaan tersebut bukan suatu yang mustahil untuk dicapai.





          Jawatakuasa pelaksana program yang diketuai oleh Puan Hajah Azizah Mohd Shahar telah bertungkus lumus memastikan program yang julung-julung kalinya diadakan  ini berjaya bermula dari perancangan, pelaksanaan dan penghakhiran program. Turut membantu ialah semua guru yang terlibat, ketua warden dan semua guru pelatih UPSI.  Komitmen semua guru terlibat sangatlah dihargai dan semoga hasrat kita untuk berjaya dengan cemerlang akan berhasil.
          Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang perkampungan ini antaranya ialah Motivasi : Pecutan Akhir PMR 2012, Skor A bagi mata-mata pelajran terpilih, anugerah cemerlang pelajar elit dan sebagainya. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..... Dengan berakhirnya program ini, diharapkan objektif akan dapat dicapai dan diharapkan program ini bukanlah yang terakhir tetapi program permulaan kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Ahad, 1 Julai 2012

12 ORANG GURU PELATIH UPSI MENJALANI PRAKTIKUM DI SMK UNGKU AZIZ

Seramai 12 orang guru pelatih daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim menjalani Latihan Mengajar selama 14 minggu mulai 25 Jun 2012 hingga 19 Oktober 2012 di SMK Ungku Aziz Sabak Bernam.
        Mereka ini terdiri daripada Mohd Shahrul Ridzuan bin Mohd Pono (Sains Sukan), Norshazira binti Mohamed Yazik (Bahasa Melayu), Puteri Norakmal Farahin bt Megat Fauzi (Bahasa Melayu), Low Yin Chian dan Ting Ai Yieng (Bahasa Inggeris), Khomsah binti Hamdan (Kimia), Nuur Atiqah bt Ibrahim dan Nor Suhana bt Ishak (Matematik), Mohd Zaini Zainuddin (Keusahawanan dan Perdagangan), Siti Amira Nabilah bt Khairuddin dan Nooranis Syahirah bt Mohd Jamal (Pengajian Malaysia dengan Pendidikan) dan Maisarah bt Abdullah Zawawi (Pendidikan Islam).
         Sepanjang menjalani latihan mengajar ini, semua guru pelatih ini akan dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman serta diselia oleh pensyarah daripada UPSI.

Isnin, 25 Jun 2012

MOMENTUM FASA 2 SUA BERMULA

Mulai 25 Jun 2012, Sektor Akademik dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Ungku Aziz telah menjalankan program Momentum Fasa 2 untuk semua pelajar SMK Ungku Aziz. Momentum ini dilaksanakan sebagai post mortem selepas peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.

Ahad, 24 Jun 2012

HARI TAMBATAN KASIH DAN CAMBAHAN ILMU SUA 2012

Pada 22 Jun 2012 bersamaan hari Jumaat , bermula pukul 10.00 pagi, SMK Ungku Aziz telah mengadakan Hari Tambatan Kasih Cambahan Ilmu 2012. Program tahunan ini dijalankan sempena berakhirnya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Program ini sangat penting untuk kedua-dua belah pihak sama ada pihak sekolah dan pihak ibu bapa pelajar. Melalui program ini, ibu bapa pelajar dimestikan hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan pihak sekolah yang diwakili guru kelas masing-masing.
        Melalui perjumpaan ini, pihak sekolah mengharapkan terjalin satu ikatan yang murni. Hubungan yang baik ini diharapkan akan dapat membantu menyelesaikan apa juga masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademik. Perjumpaan pada hari ini ibu bapa penjaga akan dapat melihat sejauh mana prestasi pelajar dalam akademik. Selain itu, ibu bapa penjaga juga boleh menyemak kedatangan anak-anak mereka selama ini di samping boleh mendapatkan maklumat tentang disiplin anak-anak mereka.
         Sambutan yang diberikan oleh ibu bapa penjaga terhadap Hari Tambatan Kasih Cambahan Ilmu ini begitu menggalakkan. Secara keseluruhannya lebih 70 peratus penjaga dapat hadir semasa program ini dijalankan. Ini menunjukkan ibu bapa prihatin tentang soal pendidikan anak-anak.mereka.

PENATARAN PENTAFSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) UNTUK IBU BAPA PENJAGA PELAJAR TINGKATAN 1

Pada 22 Jun 2012, sektor akademik SM Ungku Aziz telah mengambil inisiatif memberikan pendedahan dan penerangan kepada ibu bapa penjaga serta pelajar-pelajar tingkatan 1 berhubung dengan tranformasi pendidikan negara yang menjadi bualan ketika ini iaitu Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS). Penerangan ini difikirkan sangat penting kerana PBS adalah suatu yang baharu diperkenalkan secara menyeluruh mulai tahun 2012 ini. Pelajar tingkatan 1 akan melaksanakan PBS ini sepenuhnya sebagai persediaan untuk menggantikan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun 2014 nanti.

      Sehubung dengan itu pihak pengurusan sekolah telah menjemput pegawai yang terlibat menguruskan PBS di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam iaiatu Ustaz Mohd Som memberikan ceramah dan penerangan berhubung dengan PBS tersebut dan bersedia memberikan penjelasan kepada ibu bapa sekiranya terdapat sebarang kemusykilan. Pihak sekolah berasa gembira kerana sambutan yang diberikan dalam program ini adalah sangat menggalakkan sekali. Ini membuktikan ibu bapa penjaga hari ini senantiasa berfikiran terbuka dan sedia menerima sebarang perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan hari ini. 

     Ustaz Mat Soom telah menyampaikan ceramah yang penjang lebar tentang PBS ini bermula dengan rasional pengenalan PBS ini di sekolah sehinggalah sistem pelaksanaan PBS ini di sekolah. Banyak maklumat yang telah disampaikan sepanjang ceramah ini. Pihak sekolah mengharapkan setiap ibu bapa yang hadir mendapat maklumat awal berhubung dengan pelaksanaan PBS ini dan tindakan susulannya, pihak ibu bapa bolehlah berhunung dengan guru-guru sekiranya ingin mendapatkan penjelasan tentang status pelaksanaan terkini. 

Rabu, 20 Jun 2012

PROGRAM SEKOLAH CERIA WARGA BERGELIGA

SMK Ungku Aziz telah mengadakan program Sekolah Ceria Warga Bergeliga mulai 16 Jun 2012. Perasmian telah dilaksanakan oleh Penolong Kanan SMK Ungku Aziz yang mewakili pengetua pada 18 Jun 2012. Semasa ucapannya Penolong Kanan telah menyentuh pengertian ceria dan bergeliga yang menjadi tema kepada program ini.
       Antara objektif program ini ialah:
        * melatih murid-murid merancang dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan
        * memenuhi sukatan pelajaran PSK iaitu aktiviti kemasyarakatan.
        * menyediakan murid berkaitan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong untuk diterjemahkan
           bersama-sama masyarakat apabila telah keluar dari sekolah.
        * mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif
        * menjadikan warga SMK Ungku Aziz bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan sekolah
        * menzahirkan penguasaan murid dalam mata pelajaran PSV  serta diterjemahkan dalam bentuk    
           penghasilan lukisan mural












      Antara aktiviti yang dilakasanakan sempena program ini ialah gotong royong seluruh kawasan sekolah yang dijalankan pada hari Sabtu 16 Jun 2012. Selain itu aktiviti yang dijalankan ialah Kuiz Kesihatan, menanam pokok, Kempen Makan Tak Tumpah, Pertandingan Mencipta Pantun, Ceramah Kesihatan, Kempen Kitar Semula, Pertandingan Melukis Mural  dan sebagainya.   

PEMBUDAYAAN KONSEP SEKOLAH PENYAYANG SMK UNGKU AZIZ

SMK Ungku Aziz telah menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia agar mengadakan program Sekolah Penyayang yang melibatkan seluruh warga sekolah. Secara umumnya budaya penyayang ini memang telah diamalkan di sekolah ini dan [pada masa semakin diperkasakan selaras dengan penekanan yang diberikan oleh KPM.
       Melalui konsep sekolah penyayang ini diharapkan wujud rasa sayang menyayangi antara guru dan pelajar yang boleh memberikan impak postif kepada peningkatan disiplin dan pencapaian akademik. Melalui konsep ini, guru seharusnya tidak terlalu melihat akan kelemahan pelajar itu sahaja tetapi lebih kepada memberikan motivasi, sokongan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang hadir ke sekolah. 
       Sehubungan dengan itu, antara yang dilakukan oleh pihak sekolah ialah pentadbir sekolah dan guru-guru menyambut kehadiran pelajar setiap pagi dengan senyuman, memberi salam dan penghargaan kepada pelajar yang hadir. Pelajar disambut dengan mesra tanpa ada rasa prasangka dan rasa terpaksa. Guru-guru digalakkan sentiasa dan tidak lokek memberikan pujian kepada pelajar dan mengelakkan mencerca pelaajar-pelajar. 
       Selain itu banyak lagi yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam membudayakan konsep sekolah penyayang ini antaranya menjalankan program montor-mentee, program 3S iaitu Senyum, Sapa dan Salam dan sebagainya. Selain itu, budaya sekolah penyayang ini juga melibatkan ibu bapa misalnya program Hari Tambatan Kasih dan Cambahan Ilmu yang melibatkan perjumpaan ibu bapa penjaga dengan guru-guru sekolah untuk membincangkan soal akademik dan sahsiah pelajar-pelajar. Semua program ini mendorong kepada pembudayaan konbsep sekolah penyayang.
        

Khamis, 14 Jun 2012

SMK UNGKU AZIZ MENJALANKAN PROGRAM PEMBANGUNAN ORGANISASI UNTUK KECEMERLANGAN SEKOLAH (ProD) FASA 1


Pada tanggal 11-12 Jun 2012 yang lepas, Pengetua dan Penolong Kanan SMK Ungku Aziz telah menghadiri kursus dan bengkel Program Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah (ProD) Fasa 1. Kursus ini telah dijalankan di Pusat Latihan Jabatanb Pelajaran Selangor di Seksyen 6 Shah Alam.
        Antara objektif ProD ini ialah untuk memahami dan menghayati konsep ProD sebagai kaedah membangunkan sekolah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyedarkan warga sekolah tentang keberkesanan kendiri seorang pemimpin di samping menyediakan pelan tindakan amalan ProD di sekolah.
       ProD adalah model pembangunan kepimpinan sekolah secara kontekstual yang berasaskan kepada Pembangunan Organisasi (OD). Inisiatif ProD menekankan kepada pembaunan profesional berterusan untuk semua peringkat kepimpinan sekolah.

Rabu, 9 Mei 2012

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN ENAM SESI 2012/2013

Pada 8 Mei 2012 yang lalu, seramai lebih seratus orang pelajar tingkatan enam sesi 2012/2013 telah mendaftar di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam. Pelajar-pelajar ini sebahagian besarnya adalah daripada pelajar yang belajar si SMK Ungku Aziz di peringkat SPM, pelajar daripada SMK Tunku Abdul Rahman Putra dan daripada SAM Muhamadiah. Pada sesi kali ini, pelajar akan mengikuti sistem baharu pengajian tingkatan enam iaitu sistem modular dengan semua pelajar akan mengikut pelajaran sebanyak 3 penggal. Dalam setiap penggal akan ada peperiksaan awam yang akan digabungkan dalam tiga-tiga penggal tersebut. Sekiranya pelajar tidak berpuas hati atau ingin mengulang subjek-subjek tertentu, pelajar boleh berbuat demikian pada penggal ketiga.










          Sistem baharu ini dijangka akan dapat lebih  menarik minat pelajar
untuk belajar di tingkatan enam. Selain itu perkara baharu yang terdapat dalam ialah penilaian akan berdasarkan peperiksaan dan kerja kursus. Selama seminggu pelajar-pelajar baharu ini akan menjalani Minggu Taaruf

Isnin, 23 April 2012

MINGGU PENDIDIKAN ANTIDADAH DAN ANTIROKOK 2012

Program Pendidikan Pencegahan Dadah atau PPDa merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matlamat PPDa ini ialah memberi, pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya  dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012"
         Selain itu, misi PPDa pula ialah melahirkan pelajar bebas dadah melalui  perlaksanaan  program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas daripada dadah. Manakala visi PPDa Kementerian Pelajaran Malaysia pula ialah " Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah Tahun 2015"
         Program Minggu Pendidikan AntiDadah dan Antirokok yang dijalankan mulai 23April 2012  oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pusat Sumber dan Sektor Kokurikulum SMK Ungku Aziz ini adalah sebahagian daripada usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk membantu menjadikan visi PPDa KPM menjadi satu kenyataan. Program ini dilaksanakan tidak lain daripada usaha untuk menyedarkan warga sekolah khususnya pelajar-pelajar tentang bahaya rokok dan dadah dan mengajak pelajar-pelajar menjauhkan diri daripada terjebak dalam memulakan gejala yang tidak sihat ini. Statistik yang ada menunjukkan betapa seriusnya masalah ini. Misalnya menurut satu kajian  beberapa tahun yang lalu, setiap hari sekurang-kurangnya 60  orang perokok baharu dan penagih baharu pula yang dapat dikesan dalam tempoh sebulan ialah seramai lebih 800 orang. Hal ini sangat membimbangkan kerana 28.8 peratus remaja lelaki merokok manakala 14.1 peratus remaja wanita didapati terlibat dengan rokok ini. Kajian yang sama turut menyatakan perokok membelanjakan kira-kira RM3juta sehari untuk membeli rokok.

Sebahagian pelajar menyaksikan pameran
Bahan Kimia Dalam Rokok
Pameran

Pameran
Pameran


Pameran
Pameran
Sajak Dadah

Pameran
Montaj Pelanc 
Dadah Musuh Nombor Wahid


















Ikrar Antidadah dan antirokok












         Harapan pihak sekolah, program minggu pendidikan antidadah dan antirokok ini akan dapat meniupkan rasa insaf pelajar terhadap rokok yang dikenalpasti antara penyumbang utama penyakit kanser yang juga merupakan penyakit yang terbanyak menyebabkan kematian. Antara program yang telah dirancang dan dilaksanakan ialah pameran antidadah dan antirokok, kuiz, deklamasi sajak, pertandingan melukis poster, pertandingan power point, ceramah daripada AADK dan sebagainya.


SUARIANS IN THE LIMELIGHT 2012

Pada 21 April 2012 yang lalu, satu program yang  dianjurkan oleh unit bahasa SMK Ungku Aziz dengan kerjasama sektor kokurikulum telah dijalankan di Dewan Profesor. Program ini di namakan "Suarians In The Limelight 2012!".
        Program ini dirancang dan dilaksanakan untuk memberi peluang kepada semua warga SUA menyaksikan sendiri kamampuan dan bakat yang ada pada pelajar-pelajar SUA yang telah menyertai pertandingan koakademik peringkat daerah Sabak Bernam. Gabungan persembahan yang dijalankan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini dilihat sangat menarik dan menghiburkan. Harapan pihak sekolah, dengan menyaksikan sendiri persembahan ini, akan menimbulkan rasa minat pelajar-pelajar yag tidak menyertai pertandingan ini di samping memberi penghargaan kepada mereka yang bertanding. Antara persembahan yang dipertontonkan ialah, Coral Speaking, Deklamasi Sajak, Bicara  Berirama, Drama    Inggeris, Pantun, pidato bahasa Melayu dan pidato bahasa Inggeris.
         Antara kejayaan SUA dalam pertandingan koakademik peringkat daerah ialah menjadi Johan dalam pertandingan Bicara Berirama, Naib Johan pertandingan Drama Inggeris, Naib Johan Pesta Pantun, Naib Johan Bahas Bahasa Inggeris, Naib Johan Pidato Bahasa Inggerisdan tempat ketiga Pidato BM PDRM. Persembahan yang dijalankan telah memperlihatkan mutu persembahan yang baik dan boleh dipertingkatkan pada masa hadapan. Tahniah kepada semua guru pembimbing yang telah berjaya menggilap bakat yang ada dan seterusnya meraih kejayaan di peringkat daerah.

Pidato BM
Coral Speaking


Sajak
Pidato BI


Drama BI
Drama BI


Pantun

Ahad, 22 April 2012

MAJLIS PERPISAHAN CIK ROZANA DIANA

Pada 21 April 2012 merupakan hari yang bersejarah kepada Cik Rozana Diana bt Ahmad Rusli kerana hari ini merupakan hari terakhir beliau bertugas di SMK Ungku Aziz Sabak Bernam. Sebenarnya beliau telah ditukarkan ke SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kuala Selangor mulai 16 April 2012.
      Sebuah majlis ringkas tetapi penuh bermakna telah diatur bersama pelajar-pelajar dan guru-guru pada hari tersebut. Pengerusi majlis hari itu, Puan Hajah Siti Norhayati Mahidin telah menerangkan serba ringkas latar belakang serta sumbangan cik Rozana  semasa berkhidmat selama 3 tahun di SMK Ungku Aziz. Majlis ini disambung dengan ucapan guru yang diraikan. Selain mengucapkan terima kasih, cik Rozana juga mengharapkan rakan-rakan guru serta pelajar dapat mendoakan kejayaan dan kebahagiaan beliau nanti. Suasana agak sayu kerana Cik Rozana seolah-olah tidak dapat mengawal emosinya.
      Selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah daripada pelajar, guru, kelab kakitangan, bidang teknik vokaisional, pibg dan pentadbir sekolah. Majlis diakhiri dengan ucapan wakil pentadbir iaitu Encik Azman Ali.

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN