SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Isnin, 25 Jun 2012

MOMENTUM FASA 2 SUA BERMULA

Mulai 25 Jun 2012, Sektor Akademik dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Ungku Aziz telah menjalankan program Momentum Fasa 2 untuk semua pelajar SMK Ungku Aziz. Momentum ini dilaksanakan sebagai post mortem selepas peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.

Ahad, 24 Jun 2012

HARI TAMBATAN KASIH DAN CAMBAHAN ILMU SUA 2012

Pada 22 Jun 2012 bersamaan hari Jumaat , bermula pukul 10.00 pagi, SMK Ungku Aziz telah mengadakan Hari Tambatan Kasih Cambahan Ilmu 2012. Program tahunan ini dijalankan sempena berakhirnya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Program ini sangat penting untuk kedua-dua belah pihak sama ada pihak sekolah dan pihak ibu bapa pelajar. Melalui program ini, ibu bapa pelajar dimestikan hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan pihak sekolah yang diwakili guru kelas masing-masing.
        Melalui perjumpaan ini, pihak sekolah mengharapkan terjalin satu ikatan yang murni. Hubungan yang baik ini diharapkan akan dapat membantu menyelesaikan apa juga masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademik. Perjumpaan pada hari ini ibu bapa penjaga akan dapat melihat sejauh mana prestasi pelajar dalam akademik. Selain itu, ibu bapa penjaga juga boleh menyemak kedatangan anak-anak mereka selama ini di samping boleh mendapatkan maklumat tentang disiplin anak-anak mereka.
         Sambutan yang diberikan oleh ibu bapa penjaga terhadap Hari Tambatan Kasih Cambahan Ilmu ini begitu menggalakkan. Secara keseluruhannya lebih 70 peratus penjaga dapat hadir semasa program ini dijalankan. Ini menunjukkan ibu bapa prihatin tentang soal pendidikan anak-anak.mereka.

PENATARAN PENTAFSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) UNTUK IBU BAPA PENJAGA PELAJAR TINGKATAN 1

Pada 22 Jun 2012, sektor akademik SM Ungku Aziz telah mengambil inisiatif memberikan pendedahan dan penerangan kepada ibu bapa penjaga serta pelajar-pelajar tingkatan 1 berhubung dengan tranformasi pendidikan negara yang menjadi bualan ketika ini iaitu Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS). Penerangan ini difikirkan sangat penting kerana PBS adalah suatu yang baharu diperkenalkan secara menyeluruh mulai tahun 2012 ini. Pelajar tingkatan 1 akan melaksanakan PBS ini sepenuhnya sebagai persediaan untuk menggantikan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun 2014 nanti.

      Sehubung dengan itu pihak pengurusan sekolah telah menjemput pegawai yang terlibat menguruskan PBS di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam iaiatu Ustaz Mohd Som memberikan ceramah dan penerangan berhubung dengan PBS tersebut dan bersedia memberikan penjelasan kepada ibu bapa sekiranya terdapat sebarang kemusykilan. Pihak sekolah berasa gembira kerana sambutan yang diberikan dalam program ini adalah sangat menggalakkan sekali. Ini membuktikan ibu bapa penjaga hari ini senantiasa berfikiran terbuka dan sedia menerima sebarang perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan hari ini. 

     Ustaz Mat Soom telah menyampaikan ceramah yang penjang lebar tentang PBS ini bermula dengan rasional pengenalan PBS ini di sekolah sehinggalah sistem pelaksanaan PBS ini di sekolah. Banyak maklumat yang telah disampaikan sepanjang ceramah ini. Pihak sekolah mengharapkan setiap ibu bapa yang hadir mendapat maklumat awal berhubung dengan pelaksanaan PBS ini dan tindakan susulannya, pihak ibu bapa bolehlah berhunung dengan guru-guru sekiranya ingin mendapatkan penjelasan tentang status pelaksanaan terkini. 

Rabu, 20 Jun 2012

PROGRAM SEKOLAH CERIA WARGA BERGELIGA

SMK Ungku Aziz telah mengadakan program Sekolah Ceria Warga Bergeliga mulai 16 Jun 2012. Perasmian telah dilaksanakan oleh Penolong Kanan SMK Ungku Aziz yang mewakili pengetua pada 18 Jun 2012. Semasa ucapannya Penolong Kanan telah menyentuh pengertian ceria dan bergeliga yang menjadi tema kepada program ini.
       Antara objektif program ini ialah:
        * melatih murid-murid merancang dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan
        * memenuhi sukatan pelajaran PSK iaitu aktiviti kemasyarakatan.
        * menyediakan murid berkaitan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong untuk diterjemahkan
           bersama-sama masyarakat apabila telah keluar dari sekolah.
        * mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif
        * menjadikan warga SMK Ungku Aziz bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan sekolah
        * menzahirkan penguasaan murid dalam mata pelajaran PSV  serta diterjemahkan dalam bentuk    
           penghasilan lukisan mural












      Antara aktiviti yang dilakasanakan sempena program ini ialah gotong royong seluruh kawasan sekolah yang dijalankan pada hari Sabtu 16 Jun 2012. Selain itu aktiviti yang dijalankan ialah Kuiz Kesihatan, menanam pokok, Kempen Makan Tak Tumpah, Pertandingan Mencipta Pantun, Ceramah Kesihatan, Kempen Kitar Semula, Pertandingan Melukis Mural  dan sebagainya.   

PEMBUDAYAAN KONSEP SEKOLAH PENYAYANG SMK UNGKU AZIZ

SMK Ungku Aziz telah menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia agar mengadakan program Sekolah Penyayang yang melibatkan seluruh warga sekolah. Secara umumnya budaya penyayang ini memang telah diamalkan di sekolah ini dan [pada masa semakin diperkasakan selaras dengan penekanan yang diberikan oleh KPM.
       Melalui konsep sekolah penyayang ini diharapkan wujud rasa sayang menyayangi antara guru dan pelajar yang boleh memberikan impak postif kepada peningkatan disiplin dan pencapaian akademik. Melalui konsep ini, guru seharusnya tidak terlalu melihat akan kelemahan pelajar itu sahaja tetapi lebih kepada memberikan motivasi, sokongan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang hadir ke sekolah. 
       Sehubungan dengan itu, antara yang dilakukan oleh pihak sekolah ialah pentadbir sekolah dan guru-guru menyambut kehadiran pelajar setiap pagi dengan senyuman, memberi salam dan penghargaan kepada pelajar yang hadir. Pelajar disambut dengan mesra tanpa ada rasa prasangka dan rasa terpaksa. Guru-guru digalakkan sentiasa dan tidak lokek memberikan pujian kepada pelajar dan mengelakkan mencerca pelaajar-pelajar. 
       Selain itu banyak lagi yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam membudayakan konsep sekolah penyayang ini antaranya menjalankan program montor-mentee, program 3S iaitu Senyum, Sapa dan Salam dan sebagainya. Selain itu, budaya sekolah penyayang ini juga melibatkan ibu bapa misalnya program Hari Tambatan Kasih dan Cambahan Ilmu yang melibatkan perjumpaan ibu bapa penjaga dengan guru-guru sekolah untuk membincangkan soal akademik dan sahsiah pelajar-pelajar. Semua program ini mendorong kepada pembudayaan konbsep sekolah penyayang.
        

Khamis, 14 Jun 2012

SMK UNGKU AZIZ MENJALANKAN PROGRAM PEMBANGUNAN ORGANISASI UNTUK KECEMERLANGAN SEKOLAH (ProD) FASA 1


Pada tanggal 11-12 Jun 2012 yang lepas, Pengetua dan Penolong Kanan SMK Ungku Aziz telah menghadiri kursus dan bengkel Program Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah (ProD) Fasa 1. Kursus ini telah dijalankan di Pusat Latihan Jabatanb Pelajaran Selangor di Seksyen 6 Shah Alam.
        Antara objektif ProD ini ialah untuk memahami dan menghayati konsep ProD sebagai kaedah membangunkan sekolah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyedarkan warga sekolah tentang keberkesanan kendiri seorang pemimpin di samping menyediakan pelan tindakan amalan ProD di sekolah.
       ProD adalah model pembangunan kepimpinan sekolah secara kontekstual yang berasaskan kepada Pembangunan Organisasi (OD). Inisiatif ProD menekankan kepada pembaunan profesional berterusan untuk semua peringkat kepimpinan sekolah.