SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Ahad, 22 April 2012

PROGRAM CERAH BERMULA

Mulai 16 April 2012, Majlis Akademik SMK Ungku Aziz telah menjalankan satu program yang dinamakan CERAH. Program CERAH ini merupakan singkatan daripada Program Akademik Cemerlang Sekolah. Program ini adalah antara program yang telah dirancang oleh majlis akademik untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2012 ini.
        Program CERAH ini antara objektifnya ialah untuk mendedahkan calon-calon peperiksaan awam iaitu PMR, SPM dan STPM dengan teknik menjawab yang betul. Selain itu, program ini juga diharapkan akan dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan awam yang akan mereka hadapi pada hujung tahun. Kepakaran guru-guru yang dijemput dan guru-guru SMK Ungku Aziz telah digembleng bersama untuk memberikan kesan yang sebaik mungkin kepada pelajar.
        Antara bentuk perlaksanaan program ini ialah ceramah teknik menjawab soalan peperiksaan yang sebenarnya dan bengkel menjawab soalan. Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut pusat peperiksaan dan dibimbing dengan sebaik mungkin. Kesan yang diharapkan ialah semua pelajar atau calon peperiksaan awam akan dapat info terkini dan tepat yang boleh diaplikasikan sewaktu menjawab soalan peperiksaan sebenar. Selain itu, semua calon akan didedahkan sebanyak mungkin soalan-soalan popular yang sering dikeluarkan semasa peperiksaan.







        Justeru, pendedahan awal tentang perkara ini diharapkan akan mampu memberikan pelajar-pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 atas maklumat yang sewajarnya diketahui dan boleh digunakan semasa menjawab soalan-soalan peperiksaan pertengahan tahun.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan