SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Selasa, 28 Februari 2012

LATIHAN KEBAKARAN DAN MENGOSONGKAN BANGUNAN

       Hari ini dijalankan Latihan Kebakaran dan Mengosongkan Bangunan dijalankan untuk sesi pagi pada hari ini 28 Februari 2012 bersamaan hari Selasa. Sekitar pukul 9.05 pagi loceng panjang dibunyikan tanda kecemasan berlaku. Walaupun pelajar-pelajar dan warga SUA yang lain tidak diberitahu tentang latihan ini, namun sikap prihatin warga SUA telah tidak berlengah-lengah lagi segera bergerak ke zon selamat untuk berkumpul. Sekitar 3 minit semua warga SUA telahpun berkumpul di tapak perhimpunan yang juga merupakan zon selamat untuk berkumpul sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.
        Semua guru tingkatan sibuk mengambil tindakan untuk menandakan kedatangan pelajar kelas masing-masing. Selain itu tujuannya untuk memastikan tiada anak murid mereka yang terperangkap dalam kebakaran sekiranya kebakaran benar-benar berlaku. Atas kerjasama semua, latihan ini telah berjaya mencapai objektifnya. Bagaimanapun terdapat sedikit sebanyak aspek pengurusan yang perlu dikemaskan supaya latihan seperti ini dapat berjalan lebih lancar dan lebih berjaya. Di bawah ini beberapa keping gambar semasa program dijalankan. Tahniah semua!
Sebahagian Guru
Guru Tingkatan Mencatatkan Kedatangan
Pelajar Berkumpul






Isnin, 27 Februari 2012

LAWATAN PENANDAARASAN KE SMJK SIN MIN SUNGAI PETANI

        Pengalaman yang sangat menarik. Walaupun sesat, rombongan SUA tetap sampai ke destinasi yang dituju iaitu SMK Sin Min Sungai Petani. Sekolah yang menjadi penanda aras dalam lawatan kami. Sesat dan terlewat daripada masa yang dijangkakan. Terlewat tapi tetap bersemangat. Lewatnya lebih kurang sejam namun tumpuan tidak terjejas.Yang pasti, semua ahli rombongan puas hati kerana walaupun sesat dan terlewat, ada hikmahnya. Tayangan video "Ombak Rindu" sempai sampai ke kemuncaknya. Lega kerana kemuncaknya 'happy endding'.
       Sampai di SMJK Sin Min, kami disambut dengan mesra oleh Pengetua dan guru-guru sekolah ini. Di luar pagar terpampang besar kejayaan sekolah.Anugerah Sekolah Harapan Negara, Anugerah Sekolah Cemerlang dan Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Semua ini menggambarkan betapa hebatnya sekolah yang kami lawati sebagai penanda aras ini. Kesederhanaan sekolah yang berkeluasan 2.5 ekar ini jelas kelihatan. Bilangan pelajar yang melebihi 2000 orang ini dan kehadiran kami pada masa zon pertukaran sesi pagi dan sesi petang memperlihatkan kesibukan suasana. Namun keadaan sekolah nampak kemas dan papan kenyataan nampak dikemaskini. Info kegiatan sekolah dipaparkan menerusi beberapa tv di kawasan startegik sekolah. Perkara yang paling menarik minat kami pada awal-awal ini ialah melihat potongan rambut pelajar sekolah ini yang seragam. Pendek dan kemas. Sorang pelajar yang ditemui mengatakan bahawa, rambut pelajar lelaki tidak boleh melebihi satu inci. Rambut pelajar perempuan juga kelihatan kemas, diikat dan tiada kelihatan rambut berwarna.
      Disebabkan kami sampai pada waktu tengah hari, kami mulanya dijamu makan tengah hari. Sekali lagi terserlah kesederhanan sekolah dengan jamuan tengah hari yang sederhana tetapi menyelerakan. Selesai makan tengah hari di bilik wawasan, kami kemudiannya diberi taklimat di Bilik Multi Media. Taklimat berkisar tentang pelaksanaan Smartcard di sekolah ini. Sekolah ini merupakan sekolah pertama di negara ini yang melaksanakan inovasi smartcard ini yang melibatkan wang tunai. Segala usaha sekolah yang mendapat dokongan kuat Lembaga Pengelola Sekolah dan PIBG telah menjadikan program ini berjaya dan mendapat beberapa pengikhtirafan daripada Kementerian Pelajaran. Apa yang menarik dalam program Smartcard ini ialah segala urusan kehadiran pelajar sewaktu persekolahan, waktu kokurikulum, pembelian barang dan makanan di kedai buku sekolah serta kafeteria menjadi lebih mudah dan cepat. Smartcard yang diperkenalkan dilengkapi dengan microchip ini memudahkan banyak urusan. Selain itu kad ini berperana seperti kad 'touch n go' dan boleh ditambah nilai untuk urusan membeli barangan dan makanan.
         Setiap yang baru pasti ada masalah. Begitu juga dengan sekolah
Sin Min ini. Peringkat awal mendapat tentangan daripada segelintir penjaga dan guru-guru. namun berkat kesungguhan untuk melaksanakannya, semua dapat diatasi dan sekarang ini semakin banyak peranan smartcard ini dikenalpasti dan diberi penambahbaikan daripada semasa ke semasa.
Sedang mengambil makan tengah hari
Komputer untuk operasi Smartcard

Encik Lau sedang memberi taklimat
Pengetua menyampaikan cenderamata
Pencipta Smartcard Sin Min
Papan Tanda Kejayaan 





Jumaat, 24 Februari 2012

SEKADAR CORETAN

Masa pemeriksaan jemaah nazir sudah berlalu. Masing-masing berasa sangat lega dengan berakhirnya pemeriksaan semalam. Daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah, guru-guru dan sampailah kepada semua pelajar. Semuanya lega. Apa tidaknya...bagi pentadbir, lega sebab mereka pihak yang bertanggungjawab bagi setiap pemeriksaan.Apa-apa hal mereka yang kena dahulu. Bagi guru pula lega sebab hilang stress. Sebelum ini ada yang berdebar-debar, ada tidak lena tidur malam mengenangkan esok mungkin giliran mereka pula dicerap. Sepanjang ada jemaah nazir di sekolah, masing-masing tidak boleh sambil lewa. Jangan ingat dapat kelas ganti boleh rehat. Masuk kelas duduk, suruh pelajar buat kerja sendiri. Masa menggantikan guru yang tiada kat sekolah inipun  pun nazir masuk tengok pengurusan guru berkenaan.
         Masa dan selepas pencerapan satu hal lagi. Ada guru yang berpengalaman, lama mengajarpun tiba-tiba jadi macam baru mula mengajar. Semua jadi lupa, semua tidak menjadi, hilang fokus dan tumpuan, dan ada yang kata hilang 40% skil mengajar daripada yang biasa. Ada juga cikgu mengajar macam biasa, tiada tekanan. Maklumlah pencerapan ini adalah perkara biasa. Tanpa nazir  pun dalam setahun sekurang-kurangnya sekali mereka kena cerap. Cuma apabila diberitahu tentang hasil pencerapan, rasa macam terperanjat sebab dapat markah sikit....boleh dikatakan masuk dalam kategori lemah. Apa tidaknya, selama ini mengajar macam itu juga. Guna cara yang sama, keputusan pelajar tetap gempak!...Ada yang berani cakap pada nazir kalau tak percaya boleh tengok keputusan periksa yang lepas-lepas... Macam-macam guru kita cuba pertahankan pengajaran mereka. Cuma akhirnya mereka  akur....nazir juga yang betul. Sebab mereka guna kitab SKPM. Memang susah mengajar kalau guna kitab itu. Tapi kalau yang boleh ikut memang terbaik. Boleh jadi guru cemerlang... Tidak ada guna kita nak sanggah-sanggah sangat, kita berazam je la untuk perbaiki mana yang boleh.. Yang penting berfikiran positif kerana apa yang dinyatakan itu adalah yang terbaik. Terpulanglah kepada kita sama ada mahu jadi yang terbaik atau tidak. Memang nak jadi yang terbaik bukannya mudah.
           Sebenarnya banyak lagi cerita cikgu-cikgu yang kena cerap ini. Rasanya semuanya  menerima dengan postif. Biarlah apa mereka nak kata atau berapa markah mereka nak bagi.  Kita terima sahaja. Kita buat kerja kita dan biar mereka buat kerja mereka. Berbahas berjela-jela pun tak guna... Pihak yang menang kita dah tahu. Yang penting hidup mesti diteruskan..Inilah kerja kita....inilah dunia kita. Dunia pendidikan yang penuh cabaran sekarang ini. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
         
 

Selasa, 21 Februari 2012

JEMAAH NAZIR SELANGOR DI SUA

Seramai 5 orang jemaah nazir negeri Selangor melakukan pemeriksaan biasa ke SMK Ungku Aziz mulai 21 Februari 2012.Menurut jadual yang diatur, mereka akan melakukan pemeriksaan selama 3 hari sehingga 23 Februari 2012. Aspek yang menjadi perhatian semasa pemeriksaan ialah aspek kemenjadian murid dalam akademik dan kokurikulum di samping melihat semua aspek pengurusan. Turut dijalankan ialah pencerapan pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan oleh guru-guru terutama yang melibatkan mata pelajaran Sejarah, Geografi, Perdagangan, Matematik dan lain-lain. Apa yang diharapkan pemeriksaan ini akan membantu pihak sekolah dalam meningkatkan aspek pengurusan akademik, hal ehwal murid dan aspek kokurikulum.
Berita lanjut akan menyusul.....

Isnin, 20 Februari 2012

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

SMK Ungku Aziz telah melaksanakan program sambutan hari Maulidur Rasul peringkat sekolah pada hari Rabu - Khamis bersamaan 15-17 Februari 2012 yang lalu. Tema sambutan Malidur Rasul tahun ini ialah Persefahaman Asas Perpaduan  Ummah ini telah memperlihatkan beberapa aktiviti dijalankan sepanjang 2 hari program tersebut. Antaranya yang menarik perhatian ramai pelajar ialah pameran bertema yang dijalankan di Balai Koperasi pada 15 Februari. Pameran ini telah menarik pelajar kerana info yang disediakan begitu banyak tentang Maulidur Rasul serta adanya pameran serta jualan buku-buku agama. Pada sebelah petangnya pula, sewaktu aktiviti kokurikulum, satu pertandingan nasyid dengan tema Maulidur Rasul telah diadakan dengan 13 kumpulan yang terdiri daripada kelab akademik dan bukan akademik telah mengambil bahagian.
     
                Pada hari Khamis pula, sambutan Maulidur Rasul diteruskan dengan perarakan pelajar lelaki dan guru dengan membawa kain rentang serta diiringi bacaan selawat telah diadakan. Seramai 13 buah persatuan dan kelab telah menyertai perarakan ini. Kain rentang ini telah disediakan oleh kelab sendiri dan kain rentang ini turut dipertandingkan. Selesai perarakan, semua guru dan pelajar menghadiri majlis ceramah di Dewan Profesor. Ceramah kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Suparman yang juga merupakan seorang pendakwah serta imam Masjid Pancang Bedena. Ceramah ini telah menarik minat dan memberi banyak pengajaran kepada semua warga SUA. Selesai ceramah, penyampian hadiah pertandingan nasyid dan kain rentang telah dijalankan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Salehar bt Yaakop, Pengetua Kanan SMK Ungku Aziz. Johan acara nasyid telah disandang oleh Briged Sungai manakala johan kain rentang dimenangi oleh MPP Pra U. Selain itu, ceramah Maulidur Rasul juga telah diadakan pada petang Jumaat 17 Februari 2012 untuk pelajar sesi petang. Ceramah ini telah diadakan di Surau sekolah dan ceramah telah disampaikan oleh al-Fadil Ustaz Mohd Habrun bin Hj Salleh, guru agama SMK Tunku Abdul Rahman Putra.
Sebahagian daripada pelajar mengikuti  ceramah
Sebuah Kumpulan Nasyid Bertanding
Pelajar menyaksikan pameran








Mencatat kehadiran dalam buku pelawat




















Jumaat, 17 Februari 2012

BERITA SEKTOR AKADEMIK SUA

1. UJIAN BULANAN SELARAS 1 2012
    Ujian Bulana Selaras 1 tahun 2012 SMK Ungku Aziz akan diadakan mulai 5 Mac 2012 ini sehingga 9 Mac         2012. Diharap Semua pelajar SMK Ungku Aziz dapat membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi ujian tersebut.

2. KELAS ULANGKAJI TERKAWAL (RUT) 2012
   Kelas RUT bagi pelajar tingkatan 3 akan dimulakan mulai 20 Februari 2012 ini. Semua pelajar diwajibkan menghadiri kelas  ini dan pada tahun ini kelas akan dijalankan pada pukul 3-5 petang dan pukul 1.15 hingga 2.35 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Selasa, 14 Februari 2012

PROGRAM MOMENTUM FASA 1 BERMULA

Sektor akademik dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Ungku Aziz telah mengambil inisiatif mengadakan program Momentum dan Akujanji  Fasa 1pelajar mulai 14 Februari 2012 bermula dengan pelajar 3 Tekun dan 3 Amanah. Program momentum ini adalah bertujuan untuk mengingatkan hala tuju pelajar khususnya   kecemerlangan dalam setiap peperiksaan. Selain itu, semua pelajar turut diingatkan tentang tanggungjawab masing-masing untuk mencapai kejayaan.

       Program ini diselenggarakan oleh Setiausaha Akademik Encik Mastor bin Selamat dengan dibantu oleh Tuan Haji Jussery selaku penyelaras tingkatan 3, Puan Saridah Hussain Penyelaras Headcount serta Tuan Haji Mohd Roslan bin Sarmin yang juga guru Bimbingan dan Kaunseling. serta guru-guru tingkatan 3.
        Program ini dimulakan oleh guru bimbingan dan kaunseling selaku pengerusi majlis diikuti oleh ucapan atau motivasi daripada pihak pentadbir, akujanji pelajar dan yang terakhir pelajar membuat graf prestasi diri. Dalam ucapan mortivasinya, Penolong kanan telah menyatakan pentingnya semua pelajar SUA meneruskan kecemerlangan yang telah menjadi tradisi bagi sekolah ini. SMK Ungku Aziz menurut beliau merupakan sekolah yang senantiasa cemerlang dalam akademik sejak dahulu lagi. Seterusnya beliau mengharapkan semua pelajar perlu menjadikan pelajar-pelajar sebelum ini sebagai contoh terbaik. Selain itu beliau telah membentangkan pencapaian PMR tahun-tahun lepas sebagai suntikan motivasi kepada pelajar.
Pelajar tekun mendengar ucapan 
Semua memberikan perhatian
                     
 



                   


       
   
         Selesai sahaja ucapan ringkas Penolong Kanan, program diteruskan dengan penentapan sasaran dalam peperiksaan PMR tahun 2012 dan akujanji serta pembacaan ikrar pelajar. Program Momentum ini diakhiri dengan pelajar-pelajar melukis graf prestasi semua mata pelajaran berdasarkan TOV masing-masing  iaitu menerusi markah peperiksaan akhir tahun 2011.
          Harapan sektor akademik ialah semoga program Momentum dan Akujanji Pelajar 2012 ini akan dapat menghasilkan sesuatu yang positif iaitu peningkatan keputusan semua peperiksaan awam tahun 2012 ini. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.

Pelajar Berikrar  dan Akujanji
Pelajar mengetuai pembacaan ikrar



     

Isnin, 13 Februari 2012

PENGETUA LANCARKAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan aktiviti galakan membaca yang dijalankan dengan  memberi pengikhtirafan yang sesuai mengikut tahap pembacaan pelajar. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara komulatif sehingga pelajar tamat persekolahan. Program ini merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca dalam kalangan pelajar. Usaha ini perlu dilakukan kerana ada petunjuk yang jelas pelajar-pelajar di negara kita tidak suka membaca buku disebabkan adanya pelbagai pengaruh.

 Pengetua memukul gong simbolik pelancaran
          Menyedari akan hakikat ini, pihak sekolah SMK Ungku Aziz telah mengambil daya usaha untuk melancarkan program NILAM dan Jom Ke Perpustakaan peringkat sekolah bagi tahun 2012  ini. Walaupun program ini merupakan program tahunan namun diharapkan dengan pelancaran tahun ini akan meningkatkan budaya membaca dalam kalangan pelajar. Seperti kata-kata hikmat yang biasa kita dengar, "Membaca itu jambatan ilmu" dan "Selangkah ke perpustakaan segunung pengetahuan.

Penerima anugerah NILAM
Persembahan Koir 
     
      Pada tahun ini, pelancaran program Nilam peringkat sekolah telah dilakukan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Salehar bt Yaakop, Pengetua Kanan SMK Ungku Aziz. Dalam ucapan ringkas beliau semasa merasmikan program ini, beliau menekankan betapa pentingnya amalan membaca ini dibudayakan. Selain itu beliau juga telah melahirkan rasa tidak puas hati dengan tahap pembacaan buku dalam kalangan pelajar SMK Ungku Aziz. Sebaik-baik selesai ucapan pelancaran tersebut, Tuan Pengetua telah memukul gong tanda simbolik pelancaran program tersebut di peringkat sekolah. Selepas itu telah diadakan persembahan koir yang menyampaikan lagu tema program NILAM serta tayangan klip video.

Pelancaran Program NILAM
Pelajar yang menerima anugerah NILAM
   
       Semasa majlis ini juga, Puan Hajah Salehar telah menyampaikan anugerah kepada 38 orang pelajar SMK Ungku Aziz yang telah mencapai beberapa pengikhtirafan daripada anugerah gangsa hinggalah ke peringat nilam. Seramai 19 orang pelajar telah menerima anugerah peringkat Gangsa iaitu pelajar yang telah membaca 72 hingga 143 buah buku. Anugerah Perak pula telah diterima oleh 11 orang pelajar(membaca 144-215 buah buku) manakala anugerah Emas pula telah diterima oleh 6 orang pelajar(membaca 216-287 buah buku). Kemuncak majlis  ini ialah penyampaian anugerah tertinggi iaitu anugerah Nilam kepada 2 orang pelajar yang telah membaca sekurang-kurangnya 288 buah buku. Tahniah kepada Guru Perpustakaan dan Media, Puan Nur Zila Zakaria dan semua ahli jawatankuasa Nilam yang telah berjaya mengadakan program ini. Akhir sekali, diharapkan semua pelajar SMK Ungku Aziz akan menyahut seruan untuk meningkatkan budaya membaca ini sesuai dengan moto PSS "Dampingi Kami Anda Pasti Bestari"

Sabtu, 11 Februari 2012

GURU-GURU SUA BERKURSUS DI KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM

Semua guru SMK Ungku Aziz Sabak Bernam telah menyertai LADAP Siri 2 tahun 2012 yang dijalankan di Kolej Komuniti Sabak Bernam pada hari Sabtu 11 Februari 2012 yang lalu. Kursus kali ini bertajuk Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). Kursus ini telah dihadiri oleh hampir semua guru SMK Ungku Aziz.
        Tajuk SPSK ini dipilih untuk LADAP kali ini kerana SMK Ungku Aziz telah diplih untuk melaksanakan SPSK di daerah Sabak Bernam bermula pada tahun 2012 ini. Sehubungan dengan itu, semua warga pendidik sekolah ini perlu diberikan penjelasan yang sebaik-baiknya sebelum dilaksanakan sepenuhnya. Bagi tujuan tersebut, pihak penganjur telah menjemput Encik Japri bin Ismail, Penolong PPD Unit Kualiti memberikan ceramah dan pendedahan tentang SPSK ini kepada semua guru dalam kursus ini.Encik Japri dalam ceramahnya telah menjelaskan SPSK ini bukanlah perkara baharu yang perlu dilaksanakan di sekolah. Kebanyakan perkara tersebut telahpun dilaksanakan cuma yang kurang mungkin daripada segi dokumentasi dan cara penyimpanan dokumentasi itu yang perlu diperbaiki. Kebanyakan guru telah menerima SPSK ini dengan rasa positif demi memperbaiki sistem pengurusan yang sedia ada dan seterusnya. bersedia untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin.



  



                                              Selepas selesai sesi ceramah daripada Encik Japri, kursus diteruskan dengan pembentangan beberapa prosedur kualiti (PK) dalam SPSKini daripada Tn Hj Mohd Saari bin Mohd Sanusi (Pembelajaran dan Pengajaran), Encik Azman Ali (Pencerapan Guru dan Semakan Hasil Kerja Murid), Puan Bastiah Ramli (Pengurusan Panitai), Encik Abdul Razak Yahya (Pengurusan Peperiksaan), Tuan Haji Zainuddin Sahlan (LADAP) dan Encik Mastor Selamat (Pengurusan Mesyuarat).
Akhir sekali semoga LADAP kali ini akan dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman semua guru terhadap SPSK ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik sekolah.



MAJLIS DIALOG KELAS ELIT 2012 MENCAPAI OBJEKTIF

Pada 20 Januari 2012 bersamaan dengan hari Jumaat, sektor akademik menerusi Jawatankuasa Kelas ELIT SMK Ungku Aziz telah mengambil daya usaha menganjurkan majlis dialog pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah Ungku Aziz dengan pihak ibu bapa penjaga pelajar-pelajar kelas Elit daripada Tingkatan 1 hingga 3. Antara objektif yang digariskan ialah majlis ini merupakan satu bentuk kerjasama dan perkongsian pintar yang diharapkan dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar elit khususnya dalam peperiksaan PMR tahun 2012.
        Sambutan yang sangat mengalakkan daripada ibu bapa penjaga menjadikan majlis dialog ini telah  mencapai objektifnya. Bermula dengan ucapan alu-aluan Tuan Pengetua, Puan Hajah Salehar bt Yaakob, diikuti taklimat Encik Azman Ali (Penolong Kanan) dan seterusnys dialog telah menjelaskan kepada ibu bapa penjaga pelajar tentang matlamat serta hasrat sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik. Dalam taklimatnya, Penolong Kanan Encik Azman Ali telah menjelaskan tentang program Kelas Elit dengan lebih terperinci dan turut menyentuh pencapaian pelajar-pelajar daripada program Elit ini dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2011. Selain itu beliau turut meminta ibu bapa turut sama senantiasa meningatkan anak masing-masing tentang perlunya fokus dalam pelajaran dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang.
           Antara isu yang banyak dibangkitkan oleh ibu bapa semasa sesi dialog ini ialah tentang usaha untuk memperkasakan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan soal-soal berhubungkait dengan asrama. Segala persoalan ini telah dijawab dan mendapat respons yang baik oleh pihak pentadbiran. Selain itu ramai juga kalangan penjaga yang melontarkan idea yang baik dan boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah demi kemajuan akademik pelajar-pelajar.
         Semoga majlis dialog yang telah diadakan ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dan akan dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan akhirnya akan dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah.
     
       


Selasa, 7 Februari 2012

SMK UNGKU AZIZ MENCATAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PMR 2011


Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 SMK Ungku Aziz Sabak Bernam telah mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011 yang lepas. SMK Ungku Aziz telah mencatatkan kelulusan  74.4 peratus dengan gred purata sekolah (GPS)  2.52. Kejayaan ini bertambah manis dengan kejayaan 14 orang calon mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Daripada 14 orang ini, 2 orang telah mendapat 9A dan selebihnya 8A. Kejayaan ini merupakan pencapaian yang terbaik SMK Ungku Aziz dalam peperiksaan PMR.
       Antara pelajar yang telah mencatatkan  keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011 ialah Nur Afiqah bt Md.Yusof (9A)dan Nurul Athirah bt Kamarunzaman(9A). Selain itu pelajar yang mendapat 8A pula ialah Abdul Hadi Mohd Faudzi, Mohamad Adib Akmal bin Abdul Halim, Muhammad Fazril Hafiz, Wan Hanif Fikri, Zainal Abidin bin Jamal, Nurul Farhanan bt Abdullah, Yusuf Ariff, Zharif Zainul Azfar, Kee Kia Yun, Gain Hui Cing, Nurhasniza bt Hassan dan Kee Ching Yi.
       Kejayaan ini telah meneruskan tradisi kecemerlangan SMK Ungku Aziz di daerah ini. Ini disebabkan kejayaan ini telah meletakkan sekolah ini menjadi sekolah menengah harian yang terbaik di daerah Sabak Bernam. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjana kejayaan ini seperti moto sektor akademik sekolah ini SUA CEMERLANG KEJAYAAN DIJULANG. Bermula daripada Pengetua dan barisan kepimpinan pengurusan, guru-guru mata pelajaran yang gigih sehinggalah kepada kakitangan sokongan telah sama-sama mengembleng tenaga membantu kejayaan ini. Syabas dan tahniah semua. Semoga tahun 2012 meningkatkan lagi kejayaan SUA.