SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Isnin, 9 April 2012

DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA

Pada 9 April 2012, semua pengetua dan guru penolong kanan sekolah-sekolah rendah dan menengah negeri Selangor telah berkumpul di Dewan Cancelor Tun abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk satu program yang dinamakan Dialog Nasional Pendidikan Negara (Perhimpunan Umum Bersama Kepimpinan KPM)
       Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Selepas itu semua peserta telah dibahagikan kepada 9 kumpulan untuk berdialog dan berbincang dalam  pelbagai bidang keutamaan. Antara sembilan bidang keutamaan yang dibincangkan itu ialah:


1. Bidang Kualiti Guru - Mentranformasi dan menyegarkan profesion keguruan sebagai profesion utama pilihan.
2. Kepimpinan Sekolah - Mentranformasi dan meningkatkan keupayaan kepimpinan pemimpin sekolah sedia ada dan akan datang.
3. Kualiti Sekolah - Meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dan memastikan setiap sekolah memenuhi standard garis asas yang minimum bagi infrastruktur.
4. Kurikulum dan pentafsiran - Memperkukuh dan mengantarabangsakan rangka kerja kurikulum dan pentafsiran.
5. Profisiensi Pelbagai Bahasa - Memperkukuh Bahasa Melayu, meningkatkan profisiensi Bahasa Inggeris dengan cepat dan memperluas peluang setiap kanak-kanak untuk mempelajari bahasa ketiga.
6. Peluang Lepasan Menengah - Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pekerjaan dalam pasaran kerja.
7. Ibu bapa, Komuniti dan Sektor Swasta - Menganjak sistem pendidikan daripada sistem sekolah kepada sistem pembelajaran dengan lebih penglibatan ibu bapa, ibu bapa, komuniti dan sektor swasta.
8. Kecekapan dan Keberkesanan Sumber Kementerian - Mengurangkan pembaziran, merasionalkan program, menjimatkan kos dan meningkatkan produktiviti KPM,JPN dan PPD.
9. Kapisiti dan Keupayaan Penyampaian Kementerian - Meningkatkan penyampaian dan pelaksanaan, membina kapasiti kepimpinan KPM, JPN dan PPD.


        Pada sebelah petangnya, YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah hadir untuk menyampaikan ucapan berhubung dengan program ini dan seterusnya melancarkan Laman Web Dialog Nasional Pendidikan Negara..(www.eduMedia.com)


Majlis Dialog Mengenai Kualiti Guru Sedang Berjalan

Sebahagian Warga Pendidik yang hadir

TPM Bersalaman 



TPM Beramah Mesra Dengan Sebahagian Warga Pendidik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan