SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Isnin, 23 April 2012

MINGGU PENDIDIKAN ANTIDADAH DAN ANTIROKOK 2012

Program Pendidikan Pencegahan Dadah atau PPDa merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matlamat PPDa ini ialah memberi, pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya  dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012"
         Selain itu, misi PPDa pula ialah melahirkan pelajar bebas dadah melalui  perlaksanaan  program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas daripada dadah. Manakala visi PPDa Kementerian Pelajaran Malaysia pula ialah " Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah Tahun 2015"
         Program Minggu Pendidikan AntiDadah dan Antirokok yang dijalankan mulai 23April 2012  oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pusat Sumber dan Sektor Kokurikulum SMK Ungku Aziz ini adalah sebahagian daripada usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk membantu menjadikan visi PPDa KPM menjadi satu kenyataan. Program ini dilaksanakan tidak lain daripada usaha untuk menyedarkan warga sekolah khususnya pelajar-pelajar tentang bahaya rokok dan dadah dan mengajak pelajar-pelajar menjauhkan diri daripada terjebak dalam memulakan gejala yang tidak sihat ini. Statistik yang ada menunjukkan betapa seriusnya masalah ini. Misalnya menurut satu kajian  beberapa tahun yang lalu, setiap hari sekurang-kurangnya 60  orang perokok baharu dan penagih baharu pula yang dapat dikesan dalam tempoh sebulan ialah seramai lebih 800 orang. Hal ini sangat membimbangkan kerana 28.8 peratus remaja lelaki merokok manakala 14.1 peratus remaja wanita didapati terlibat dengan rokok ini. Kajian yang sama turut menyatakan perokok membelanjakan kira-kira RM3juta sehari untuk membeli rokok.

Sebahagian pelajar menyaksikan pameran
Bahan Kimia Dalam Rokok
Pameran

Pameran
Pameran


Pameran
Pameran
Sajak Dadah

Pameran
Montaj Pelanc 
Dadah Musuh Nombor Wahid


















Ikrar Antidadah dan antirokok












         Harapan pihak sekolah, program minggu pendidikan antidadah dan antirokok ini akan dapat meniupkan rasa insaf pelajar terhadap rokok yang dikenalpasti antara penyumbang utama penyakit kanser yang juga merupakan penyakit yang terbanyak menyebabkan kematian. Antara program yang telah dirancang dan dilaksanakan ialah pameran antidadah dan antirokok, kuiz, deklamasi sajak, pertandingan melukis poster, pertandingan power point, ceramah daripada AADK dan sebagainya.


1 ulasan:

  1. Dijemput pasukan bahas sekolah Tuan untuk menyertai program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2013 pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.

    Untuk maklumat lanjut dan segala dokumentasi, sila layari blog http://belajardebat.blogspot.com

    Terima kasih.

    BalasPadam