SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Khamis, 1 Mac 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR-MENTEE 2012

       Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama sektor Hal Ehwal Murid telah mengadakan Program Mentor-Mentee tahun 2012 pada hari Khamis bersamaan 1 Mac 2012. Program ini dilaksanakan atas dasar keprihatinan pihak sekolah akan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar SUA. Usaha ini perlu dilakukan untuk membantu para pelajar yang bermasalah disiplin ini tentang kepentingan pelajaran serta membetulkan sikap pelajar tentang tanggungjawab mereka. Sebahagian besar pelajar ini mempunyai potensi untuk berjaya tetapi disebabkan sikap mereka yang mengambil mudah soal pelajaran daan persekolahan mereka membimbangkan pihak sekolah
       Kebanyakan mentee ini terdiri daripeda pelajar yang mempunyai masalah ponteng sekolah dan masalah-masalah disiplin yang lain. Sebelum majlis penyerahan mentee ini dilaksanakan, satu majlis ceramah motivasi telah diadakan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan haji Zailan Bin Wagiman, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Selangor. Ceramah yang disampaikan sangat menarik perhatian daripada guru-guru yang menjadi mentor, pentadbir dan juga pelajar-pelajar yang menjadi mentee. Ini berdasarkan sambutan pelajar sepanjang ceramah yang disampaikan oleh beliau.  Suasana sungguh ceria dengan cerita-cerita menarik yang disampaikan oleh beliau. Banyak pengajaran dan ilmu yang telah disampaikan sepanjang ceramah ini yang boleh ditimba oleh pelajar-pelajar. Apa yang penting untuk berjaya ialah bukan sahaja kemahuan.Yang lebih penting ialah di samping kemahuan ialah tindakan atau pelaksanaannya. Selain itu, beliau menegaskan sifat malu harus dibuang untuk berjaya. Tidak ada gunanya kemahuan untuk berjaya tetapi terdapat tembok rasa malu yang menebal dalam diri pelajar.
        Objektif yang digariskan dalam program ini ialah mengajak pelajar mengubah tingkah laku. Kali ini, pelajar-pelajar ini akan dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman. Dengan adanya perhatian daripada pihak mentor ini diharapakan pelajar-pelajar ini akan lebih terbimbing dan terarah dengan matlamat yang jelas dan seterusnya berupaya mencapai kejayaaan dalam pelajaran. Dalam cermahnya juga Tuan Haji Zailan turut menekankan pentingnya minda dan peranan minda menentukan keupayaan sebenar seseorang.
Beliau turut membuat beberapa demontrasi tentang kekuatan minda untuk dikongsi bersama dengan guru dan pelajar yang terlibat.
        Selesai sahaja ceramah tersebut, Pengetua Kanan SMK Ungku Aziz telah menyampaikan ucapan dan seterusnya menyerahkan mentee-mentee ini kepada mentor masing-masing, Perjumpaan ringkas mentor dan mentee ini diharapkan bukanlah perjumpaan yang terakhir dan diharapkan berterusan dan akan mencapai kejayaan yang diharapkan. Terima kasih kepada pihak pentadbir, unit bimbingan dan kaunseling serta semua guru yang menjadi mentor pelajar-pelajar ini. Semoga kita akan menuai kejayaan yang lebih manis nanti.
Demo kekuatan minda

Tn. Hj Zailan Wagiman sedang berceramah




Sebahagian pelajar lelaki
Sebahagian pelajar perempuan


Demo kekuatan minda
Pelajar tekun mendengar ceramah

Sebahagian guru mentor


Tiada ulasan:

Catat Ulasan