SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Rabu, 21 Mac 2012

SMK UNGKU AZIZ CEMERLANG DALAM SPM 2011

Keputusan SPM 2011 telah diumumkan secara rasmi pada 21 Mac 2012. Berita yang paling menggembirakan ialah SMK Ungku Aziz telah berjaya mencatatkan satu keputusan yang lebih baik berbanding dengan keputusan SPM 2010 yang lalu. Tahniah dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon SPM 2011, guru-guru mata pelajaran yang mengajar serta seluruh warga SUA yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kejayaan yang penuh bererti ini.
        Dalam keputusan SPM 2011 yang diumumkan ini,  SMK Ungku Aziz telah berjaya meningkatkan  peratus lulus daripada 91.94peratus (2010) kepada 97.6 peratus pada tahun 2011. Manakala Gred Purata Sekolah (GPS), SMK Ungku Aziz telah menunjukkan peningkatan daripada 5.10 kepada 4.88. Ini menunjukkan SMK Ungku Aziz telah meningkatkan pencapaian dalam kedua-dua aspek kualiti dan kuantiti. Pencapaian ini jelas menunjukkan keputusan SPM 2011 merupakan keputuasan terbaik SPM yang pernah dicatatkan. Apa yang paling menggembirakan serta membanggakan ialah ada seorang pelajar iaitu Ng Keat Hui telah berjaya memperolehi semua A+ dalam 10 subjek yang diambilnya dan menjadikannya pelajar paling cemerlang bagi SPM 2011. Ini merupakan satu sejarah bagi SMK Ungku Aziz kerana inilah julung-julung kalinya sekolah dapat menghasilkan seorang pelajar yang mendapat semua A+.
        Selain itu, SMK Ungku Aziz juga telah muncul sebagai sekolah menengah harian biasa yang terbaik bagi daerah Sabak Bernam di samping menduduki tempat ke 6 bagi seluruh sekolah menengah di daerah Sabak Bernam. Sekolah-sekolah lain yang berada di atas SUA ialah SBPI, SMKA S5, SAM Ampuan Jemaah, SAMT Sultan Salehuddin dan SAM Muhamadiah. Tahniah SMK Ungku Aziz!
Semua A+
Ng Keat Hui 10A+
        Suasana meriah di Dewan Professor dengan sebahagian besar calon SPM tahun 2011 mengambil keputusan masing-masing. Selain Ng, ada 25 orang lagi pelajar cemerlang yang memperolehi sekurang-kurangnya 6A.
Semua A Siti Nur A'in

Pelajar Cemerlang


Gembira
Ng Sedang Berucap

Pelajar Gembira Dengan Keputusan


Gembira Tidak Terkata
Senyum

Sebahagian Daripada Pelajar Cemerlang SPM 2011


Tiada ulasan:

Catat Ulasan