SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Ahad, 25 Mac 2012

PROGRAM 4 DALAM 1

       Pada hari Sabtu bersamaan 24 Mac 2012, SMK Ungku Aziz sekali lagi menempa sejarah dengan penganjuran program 4 dalam 1. Inilah julung-julung kalinya program seperti ini diadakan. Program yang dimaksudkan ialah Mesyuarat Agung PIBG ke 26, Ceramah Keibubapaan, Hari Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam dan Pelancaran Briged Penyelamat Sungai.
       Program-program tersebut dimulakan dengan Ceramah Keibubapaan yang bertajuk Menentukan Hala Tuju Kerjaya dan Kehidupan Anak-anak oleh Ustaz Ahmadi bin Abas, Penolong Kanan Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Sabak Bernam. Ceramah yang menarik ini telah memberikan kesedaran kepada ibu bapa penjaga serta guru-guru. Ceramah ini sarat dengan panduan mendidik anak-anak dan adakalanya menyentuh perasaan pendengar.
        Selepas selesai ceramah, program diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG ke 26. Mesyuarat kali ini menarik kerana ramai ibu bapa penjaga yang hadir. Selain itu, sebanyak lima usul yang dibawa oleh AJK PIBG dan pihak sekolah telah berjaya dibahas dan diliuluskan. Usul yang paling menarik ialah usul tentang penyeragaman potongan rambut pelajar lelaki SMK Ungku Aziz telah diluluskan iaitu potongan nombor 4. Usul ini dikemukakan untuk menyeragamkan potongan rambut pelajar-pelajar yang selama ini mempunyai pelbagai bentuk dan fesyen potongan rambut mereka. Selain itu dengan adanya penyeragaman ini, pelajar SUA senang dikenali.Disebabkan adanya usul yang agak banyak dan adanya pemilihan tahun ini, mesyuarat berlangsung agak lama daripada waktu yang dijangkakan.
        Selesai mesyuarat agung, program diteruskan dengan acara perasmian dan majlis penyampaian anugerah untuk pelajar-pelajar yang cemerlang PMR, SPM dan STPM 2011. Acara ini dimulakan dengan ucapan pengetua, Puan Hajah Salehar yang menyentuh perkembangan sekolah dan perkara-perkara baharu dalam bidang pendidikan seperti PBS, PAV dan sebagainya. Ucapan YDP PIBG Dato' Haji Warno pula menyentuh peranan PIBG dalam menyokong aktiviti sekolah dan sumbangan beliau dalam menjayakan aktiviti sekolah. Akhir sekali ialah ucapan perasmian oleh Tuan Abdul Halem bin Mat Som, Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ucapan beliau menyentuh tentang penglibatan SYABAS dalam aktiviti pendidikan di sekolah dan seterusnya menghuraikan tentang peranan SYABAS serta keperluan masyarakat memanfaatkan penggunaan air dalam kehidupan.
Akhir sekali, beliau telah bersetuju membawa permohonan sekolah untuk dibincangkan di peringkat tertinggi SYABAS dan mengumumkan sumbangan peribadi beliau.
        Sebelum acara penyampaian anugerah, beliau telah melancarkan kelab Briged Penyelamat Sungai SMK Ungku Aziz dan menyampaikan sijil kepada ahli-ahli kelab tersebut. Persembahan-persembahan pelajar hari itu dimulakan dengan nyanyian Koir Kelab Briged Penyelamat Sungai dan persembahan nasid. Acara penyampaian hadiah kecemerlangan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Sajat, Penolong PPD, Unit Pengurusan Sekolah. Anugerah terbaik PMR disandang oleh Nur Afiqah bt Mohd Yusof dan Nurulathirah Aqilah bt Kamarunzaman. Penerima anugerah terbaik SPM pula diperolehoi oleh Ng Keat Hui yang berjaya memperolehi 10A+ (semua A+) dan Siti Nur A'in bt Mohamad Ayob yang memperolehi 9A. Pelajar terbaik STPM pula diperoleh oleh Shasikala a/p Aridas (3.50) dan Siti Aisyah bt Rahmat (3.50). Tahniah kepada semua penerima anugerah kecemerlangan.
         Acara terakhir hari tersebut ialah cabutan nama bertuah kepada ibui bapa penjaga dan guru-guru. Sebanyak lebih 60 hadiah telah disediakan untuk acara ini dan tahniah kepada yang berjaya.




Ustaz Ahmadi Abas
Sebahagian Ibu yang hadir
Cenderamata untuk penceramah

Sebahagian Bapa




Panitia yang menerima Sijil
Buku Program
Anugerah Kecemerlangan



Pelancaean Briged Penyelamat Sungai



Tekun Bermesyuarat







     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan