SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Ahad, 4 Mac 2012

JAMUAN MAKAN BERADAB ASRAMA SUA 2012

      Jawatankuasa asrama SMK Ungku Aziz telah mengadakan Jamuan Makan Beradab pada 3 Mac 2012 di Dewan Professor SMK Ungku Aziz Sabak Bernam mulai pukul 8.30 malam. Jamuan ini dilaksanakan selaras dengan hasrat dan kehendak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan  Kementerian Pelajaran Malaysia yang meletakkan program ini dalam kalendar aktiviti yang perlu dilaksanakan di asrama-asrama sekolah.
      Jamuan makan beradab ini memberi fokus kepada tatatertib makan sewaktu majlis makan malam secara formal. Untuk mencapai hasrat itu, pelajar-pelajar asrama terlebih dahulu diberikan taklimat oleh Encik Abdullah Ali berhubung dengan tatacara makan beradab ini beberapa hari sebelum majlis makan malam ini diadakan. Pelajar-pelajar ini adalah bakal pemimpin dan bakal menghadapi suasana makan malam rasmi seperti ini. Jadi, dengan adanya pendedahan seperti ini akan memberikan sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman kepada mereka semua.


Jamuan Makan Beradab
Antara Pemenang Sukaneka
Selamat Hari Lahir
Pengacara Majlis


YB Dato' Warno Turut Hadir
Sebahagian Pelajar Putera
         Majlis Jamuan Makan Beradab ini tambah ceria dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Sabak, YB Dato' Haji Warno bin Haji Dogol. Selain itu turut hadir ialah semua barisan pentadbir dan pengurusan sekolah, para warden dan wakil staf sokongan serta wakil unit bimbingan dan kaunseling. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Pengetua Kanan SUA, Puan Hajah Salehar bt Yaakop dan ucapan YB Dato' Haji Warno bin Haji Dogol. Dalam ucapannya Dato' Haji Warno memuji usaha yang dilakukan ini dan berharap program-program seperti ini dapat terus diadakan dan dapat memberi manfaat kepada pelajar asrama.





Persembahan Dikir Barat

Persembahan Boria



Sebahagian Pelajar Pute
Pemenang Anugerah Bilik Ekslusif




     





   Selesai Jamuan Makan Beradab, acara persembahan pelajar diteruskan dengan sepuluh kumpulan yang mewakili bilik-bilik telah diadakan. Pelbagai aksi dan jenis persembahan diadakan yang sebahagiannya telah menarik perhatian tetamu. Antara persembahan yang diadakan ialah Nasyid, Syair Berlagu, Boria, Sketsa, Pentomin dan Dikir Barat. Selain itu, majlis sambutan  hari lahir untuk 72 orang penghuni  asrama dan warden turut menambah kemeriahan malam tersebut. Turut diadakan pada malam itu ialah penyampaian hadiah pertandingan sukaneka, pertandingan bilik ekslusif , persembahan terbaik putera dan persembahan terbaik puteri. Majlis berakhir pada pukul 11.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan