SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Khamis, 8 Mac 2012

KEPUTUSAN STPM 2011 SMK UNGKU AZIZ MEROSOT

      Seperti yang telah diketahui ramai, pengumuman keputusan STPM akan dilakukan pada 7 Mac 2012. Masing-masing menunggu dengan penuh debaran. Calon-calon STPM 2011 tentulah berdebar-debar sangat. Guru-guru yang terlibat dalam mengajar calon STPM tahun 2011 tentulah juga berdebar-debar.Dapat ke anak didik lulus 100 peratus dalam subjek yang mereka ajar. Bagaimana pula dengan kualiti? Meningkat ke? Berapa ramai yang dapat keputusan yang cemerlang? Mampu ke tahun ini menghasilkan pelajar dapat semua A? Barisan pentadbir pun tentulah juga berdebar-debar menantikan keputusan ini. Cemerlang keputusannya bermakna semakin naiklah kedudukan sekolah dalam NKRA. Cikgu-cikgu yang lain dan seluruh warga SUA tentulah ternanti-nanti akan keputusan ini. Setidak-tidaknya mahu berkongsi kejayaan dan kegembiraan.
Shasikala 3.50
Siti Aishah (3.50) dan Syakira


Sebahagian calon sedang mengambil keputusan

Tekun meneliti keputusan yang diperoleh
Menerima sijil-sijil


Suasana semasa mengambil keputusan

Mengisi borang maklumat diri
Sedih ke?


En. Abdullah menerangkan sesuatu
      Apa yang diharapkan pertamanya ialah kejayaan mengekalkan kelulusan 100 peratus. Sudah dua tahun berturut-turut SUA mencapai kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan STPM. Harap tahun 2011 yang keputusannya akan diketahui sebentar lagi dapat mengekalkan 100 peratus itu. Lagi satu kita harapkan kualiti keputusan tahun ini akan lebih baik dengan peningkatan GPS. Namun keputusan rasmi yang diperoleh menunjukkan SMK Ungku Aziz mengalami kemerosotan dalam peperiksaan STPM 2011 yang baru diumumkan. Peratus lulus telah menurun daripada 100 peratus kepada 96.6 peratus. Ini berikutan 3 daripada 88 calon yang mengambil peperiksaan telah gagal memperolehi prinsipal. 2 orang pelajar terbaik yang memperolehi PNGK 3.50 ialah Siti Aishah bt Rahmat dan Shasikala a/p Aridas. Tahniah kepada semua yang berjaya dan semoga ramai yang akan berjaya mencapai cita-cita ke menara gading tahun ini. Kepada semua calon STPM 2012, cabaran menanti anda semua. Sahutlah cabaran pengetua dan lakukan yang lebih baik pada tahun ini untuk mengembalikan SMK Ungku Aziz ke landasan yang sepatutnya. Tahniah kepada semua guru, anda semua telah melakukan yang terbaik.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan