SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Ahad, 24 Jun 2012

PENATARAN PENTAFSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) UNTUK IBU BAPA PENJAGA PELAJAR TINGKATAN 1

Pada 22 Jun 2012, sektor akademik SM Ungku Aziz telah mengambil inisiatif memberikan pendedahan dan penerangan kepada ibu bapa penjaga serta pelajar-pelajar tingkatan 1 berhubung dengan tranformasi pendidikan negara yang menjadi bualan ketika ini iaitu Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS). Penerangan ini difikirkan sangat penting kerana PBS adalah suatu yang baharu diperkenalkan secara menyeluruh mulai tahun 2012 ini. Pelajar tingkatan 1 akan melaksanakan PBS ini sepenuhnya sebagai persediaan untuk menggantikan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun 2014 nanti.

      Sehubung dengan itu pihak pengurusan sekolah telah menjemput pegawai yang terlibat menguruskan PBS di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam iaiatu Ustaz Mohd Som memberikan ceramah dan penerangan berhubung dengan PBS tersebut dan bersedia memberikan penjelasan kepada ibu bapa sekiranya terdapat sebarang kemusykilan. Pihak sekolah berasa gembira kerana sambutan yang diberikan dalam program ini adalah sangat menggalakkan sekali. Ini membuktikan ibu bapa penjaga hari ini senantiasa berfikiran terbuka dan sedia menerima sebarang perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan hari ini. 

     Ustaz Mat Soom telah menyampaikan ceramah yang penjang lebar tentang PBS ini bermula dengan rasional pengenalan PBS ini di sekolah sehinggalah sistem pelaksanaan PBS ini di sekolah. Banyak maklumat yang telah disampaikan sepanjang ceramah ini. Pihak sekolah mengharapkan setiap ibu bapa yang hadir mendapat maklumat awal berhubung dengan pelaksanaan PBS ini dan tindakan susulannya, pihak ibu bapa bolehlah berhunung dengan guru-guru sekiranya ingin mendapatkan penjelasan tentang status pelaksanaan terkini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan