SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Isnin, 20 Februari 2012

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

SMK Ungku Aziz telah melaksanakan program sambutan hari Maulidur Rasul peringkat sekolah pada hari Rabu - Khamis bersamaan 15-17 Februari 2012 yang lalu. Tema sambutan Malidur Rasul tahun ini ialah Persefahaman Asas Perpaduan  Ummah ini telah memperlihatkan beberapa aktiviti dijalankan sepanjang 2 hari program tersebut. Antaranya yang menarik perhatian ramai pelajar ialah pameran bertema yang dijalankan di Balai Koperasi pada 15 Februari. Pameran ini telah menarik pelajar kerana info yang disediakan begitu banyak tentang Maulidur Rasul serta adanya pameran serta jualan buku-buku agama. Pada sebelah petangnya pula, sewaktu aktiviti kokurikulum, satu pertandingan nasyid dengan tema Maulidur Rasul telah diadakan dengan 13 kumpulan yang terdiri daripada kelab akademik dan bukan akademik telah mengambil bahagian.
     
                Pada hari Khamis pula, sambutan Maulidur Rasul diteruskan dengan perarakan pelajar lelaki dan guru dengan membawa kain rentang serta diiringi bacaan selawat telah diadakan. Seramai 13 buah persatuan dan kelab telah menyertai perarakan ini. Kain rentang ini telah disediakan oleh kelab sendiri dan kain rentang ini turut dipertandingkan. Selesai perarakan, semua guru dan pelajar menghadiri majlis ceramah di Dewan Profesor. Ceramah kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Suparman yang juga merupakan seorang pendakwah serta imam Masjid Pancang Bedena. Ceramah ini telah menarik minat dan memberi banyak pengajaran kepada semua warga SUA. Selesai ceramah, penyampian hadiah pertandingan nasyid dan kain rentang telah dijalankan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Salehar bt Yaakop, Pengetua Kanan SMK Ungku Aziz. Johan acara nasyid telah disandang oleh Briged Sungai manakala johan kain rentang dimenangi oleh MPP Pra U. Selain itu, ceramah Maulidur Rasul juga telah diadakan pada petang Jumaat 17 Februari 2012 untuk pelajar sesi petang. Ceramah ini telah diadakan di Surau sekolah dan ceramah telah disampaikan oleh al-Fadil Ustaz Mohd Habrun bin Hj Salleh, guru agama SMK Tunku Abdul Rahman Putra.
Sebahagian daripada pelajar mengikuti  ceramah
Sebuah Kumpulan Nasyid Bertanding
Pelajar menyaksikan pameran








Mencatat kehadiran dalam buku pelawat





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan