SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Selasa, 14 Februari 2012

PROGRAM MOMENTUM FASA 1 BERMULA

Sektor akademik dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Ungku Aziz telah mengambil inisiatif mengadakan program Momentum dan Akujanji  Fasa 1pelajar mulai 14 Februari 2012 bermula dengan pelajar 3 Tekun dan 3 Amanah. Program momentum ini adalah bertujuan untuk mengingatkan hala tuju pelajar khususnya   kecemerlangan dalam setiap peperiksaan. Selain itu, semua pelajar turut diingatkan tentang tanggungjawab masing-masing untuk mencapai kejayaan.

       Program ini diselenggarakan oleh Setiausaha Akademik Encik Mastor bin Selamat dengan dibantu oleh Tuan Haji Jussery selaku penyelaras tingkatan 3, Puan Saridah Hussain Penyelaras Headcount serta Tuan Haji Mohd Roslan bin Sarmin yang juga guru Bimbingan dan Kaunseling. serta guru-guru tingkatan 3.
        Program ini dimulakan oleh guru bimbingan dan kaunseling selaku pengerusi majlis diikuti oleh ucapan atau motivasi daripada pihak pentadbir, akujanji pelajar dan yang terakhir pelajar membuat graf prestasi diri. Dalam ucapan mortivasinya, Penolong kanan telah menyatakan pentingnya semua pelajar SUA meneruskan kecemerlangan yang telah menjadi tradisi bagi sekolah ini. SMK Ungku Aziz menurut beliau merupakan sekolah yang senantiasa cemerlang dalam akademik sejak dahulu lagi. Seterusnya beliau mengharapkan semua pelajar perlu menjadikan pelajar-pelajar sebelum ini sebagai contoh terbaik. Selain itu beliau telah membentangkan pencapaian PMR tahun-tahun lepas sebagai suntikan motivasi kepada pelajar.
Pelajar tekun mendengar ucapan 
Semua memberikan perhatian
                     
 



                   


       
   
         Selesai sahaja ucapan ringkas Penolong Kanan, program diteruskan dengan penentapan sasaran dalam peperiksaan PMR tahun 2012 dan akujanji serta pembacaan ikrar pelajar. Program Momentum ini diakhiri dengan pelajar-pelajar melukis graf prestasi semua mata pelajaran berdasarkan TOV masing-masing  iaitu menerusi markah peperiksaan akhir tahun 2011.
          Harapan sektor akademik ialah semoga program Momentum dan Akujanji Pelajar 2012 ini akan dapat menghasilkan sesuatu yang positif iaitu peningkatan keputusan semua peperiksaan awam tahun 2012 ini. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.

Pelajar Berikrar  dan Akujanji
Pelajar mengetuai pembacaan ikrar



     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan