SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Sabtu, 11 Februari 2012

MAJLIS DIALOG KELAS ELIT 2012 MENCAPAI OBJEKTIF

Pada 20 Januari 2012 bersamaan dengan hari Jumaat, sektor akademik menerusi Jawatankuasa Kelas ELIT SMK Ungku Aziz telah mengambil daya usaha menganjurkan majlis dialog pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah Ungku Aziz dengan pihak ibu bapa penjaga pelajar-pelajar kelas Elit daripada Tingkatan 1 hingga 3. Antara objektif yang digariskan ialah majlis ini merupakan satu bentuk kerjasama dan perkongsian pintar yang diharapkan dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar elit khususnya dalam peperiksaan PMR tahun 2012.
        Sambutan yang sangat mengalakkan daripada ibu bapa penjaga menjadikan majlis dialog ini telah  mencapai objektifnya. Bermula dengan ucapan alu-aluan Tuan Pengetua, Puan Hajah Salehar bt Yaakob, diikuti taklimat Encik Azman Ali (Penolong Kanan) dan seterusnys dialog telah menjelaskan kepada ibu bapa penjaga pelajar tentang matlamat serta hasrat sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik. Dalam taklimatnya, Penolong Kanan Encik Azman Ali telah menjelaskan tentang program Kelas Elit dengan lebih terperinci dan turut menyentuh pencapaian pelajar-pelajar daripada program Elit ini dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2011. Selain itu beliau turut meminta ibu bapa turut sama senantiasa meningatkan anak masing-masing tentang perlunya fokus dalam pelajaran dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang.
           Antara isu yang banyak dibangkitkan oleh ibu bapa semasa sesi dialog ini ialah tentang usaha untuk memperkasakan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan soal-soal berhubungkait dengan asrama. Segala persoalan ini telah dijawab dan mendapat respons yang baik oleh pihak pentadbiran. Selain itu ramai juga kalangan penjaga yang melontarkan idea yang baik dan boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah demi kemajuan akademik pelajar-pelajar.
         Semoga majlis dialog yang telah diadakan ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dan akan dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan akhirnya akan dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah.
     
       


Tiada ulasan:

Catat Ulasan