SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Isnin, 27 Februari 2012

LAWATAN PENANDAARASAN KE SMJK SIN MIN SUNGAI PETANI

        Pengalaman yang sangat menarik. Walaupun sesat, rombongan SUA tetap sampai ke destinasi yang dituju iaitu SMK Sin Min Sungai Petani. Sekolah yang menjadi penanda aras dalam lawatan kami. Sesat dan terlewat daripada masa yang dijangkakan. Terlewat tapi tetap bersemangat. Lewatnya lebih kurang sejam namun tumpuan tidak terjejas.Yang pasti, semua ahli rombongan puas hati kerana walaupun sesat dan terlewat, ada hikmahnya. Tayangan video "Ombak Rindu" sempai sampai ke kemuncaknya. Lega kerana kemuncaknya 'happy endding'.
       Sampai di SMJK Sin Min, kami disambut dengan mesra oleh Pengetua dan guru-guru sekolah ini. Di luar pagar terpampang besar kejayaan sekolah.Anugerah Sekolah Harapan Negara, Anugerah Sekolah Cemerlang dan Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Semua ini menggambarkan betapa hebatnya sekolah yang kami lawati sebagai penanda aras ini. Kesederhanaan sekolah yang berkeluasan 2.5 ekar ini jelas kelihatan. Bilangan pelajar yang melebihi 2000 orang ini dan kehadiran kami pada masa zon pertukaran sesi pagi dan sesi petang memperlihatkan kesibukan suasana. Namun keadaan sekolah nampak kemas dan papan kenyataan nampak dikemaskini. Info kegiatan sekolah dipaparkan menerusi beberapa tv di kawasan startegik sekolah. Perkara yang paling menarik minat kami pada awal-awal ini ialah melihat potongan rambut pelajar sekolah ini yang seragam. Pendek dan kemas. Sorang pelajar yang ditemui mengatakan bahawa, rambut pelajar lelaki tidak boleh melebihi satu inci. Rambut pelajar perempuan juga kelihatan kemas, diikat dan tiada kelihatan rambut berwarna.
      Disebabkan kami sampai pada waktu tengah hari, kami mulanya dijamu makan tengah hari. Sekali lagi terserlah kesederhanan sekolah dengan jamuan tengah hari yang sederhana tetapi menyelerakan. Selesai makan tengah hari di bilik wawasan, kami kemudiannya diberi taklimat di Bilik Multi Media. Taklimat berkisar tentang pelaksanaan Smartcard di sekolah ini. Sekolah ini merupakan sekolah pertama di negara ini yang melaksanakan inovasi smartcard ini yang melibatkan wang tunai. Segala usaha sekolah yang mendapat dokongan kuat Lembaga Pengelola Sekolah dan PIBG telah menjadikan program ini berjaya dan mendapat beberapa pengikhtirafan daripada Kementerian Pelajaran. Apa yang menarik dalam program Smartcard ini ialah segala urusan kehadiran pelajar sewaktu persekolahan, waktu kokurikulum, pembelian barang dan makanan di kedai buku sekolah serta kafeteria menjadi lebih mudah dan cepat. Smartcard yang diperkenalkan dilengkapi dengan microchip ini memudahkan banyak urusan. Selain itu kad ini berperana seperti kad 'touch n go' dan boleh ditambah nilai untuk urusan membeli barangan dan makanan.
         Setiap yang baru pasti ada masalah. Begitu juga dengan sekolah
Sin Min ini. Peringkat awal mendapat tentangan daripada segelintir penjaga dan guru-guru. namun berkat kesungguhan untuk melaksanakannya, semua dapat diatasi dan sekarang ini semakin banyak peranan smartcard ini dikenalpasti dan diberi penambahbaikan daripada semasa ke semasa.
Sedang mengambil makan tengah hari
Komputer untuk operasi Smartcard

Encik Lau sedang memberi taklimat
Pengetua menyampaikan cenderamata
Pencipta Smartcard Sin Min
Papan Tanda Kejayaan 





1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam