SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Jumaat, 24 Februari 2012

SEKADAR CORETAN

Masa pemeriksaan jemaah nazir sudah berlalu. Masing-masing berasa sangat lega dengan berakhirnya pemeriksaan semalam. Daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah, guru-guru dan sampailah kepada semua pelajar. Semuanya lega. Apa tidaknya...bagi pentadbir, lega sebab mereka pihak yang bertanggungjawab bagi setiap pemeriksaan.Apa-apa hal mereka yang kena dahulu. Bagi guru pula lega sebab hilang stress. Sebelum ini ada yang berdebar-debar, ada tidak lena tidur malam mengenangkan esok mungkin giliran mereka pula dicerap. Sepanjang ada jemaah nazir di sekolah, masing-masing tidak boleh sambil lewa. Jangan ingat dapat kelas ganti boleh rehat. Masuk kelas duduk, suruh pelajar buat kerja sendiri. Masa menggantikan guru yang tiada kat sekolah inipun  pun nazir masuk tengok pengurusan guru berkenaan.
         Masa dan selepas pencerapan satu hal lagi. Ada guru yang berpengalaman, lama mengajarpun tiba-tiba jadi macam baru mula mengajar. Semua jadi lupa, semua tidak menjadi, hilang fokus dan tumpuan, dan ada yang kata hilang 40% skil mengajar daripada yang biasa. Ada juga cikgu mengajar macam biasa, tiada tekanan. Maklumlah pencerapan ini adalah perkara biasa. Tanpa nazir  pun dalam setahun sekurang-kurangnya sekali mereka kena cerap. Cuma apabila diberitahu tentang hasil pencerapan, rasa macam terperanjat sebab dapat markah sikit....boleh dikatakan masuk dalam kategori lemah. Apa tidaknya, selama ini mengajar macam itu juga. Guna cara yang sama, keputusan pelajar tetap gempak!...Ada yang berani cakap pada nazir kalau tak percaya boleh tengok keputusan periksa yang lepas-lepas... Macam-macam guru kita cuba pertahankan pengajaran mereka. Cuma akhirnya mereka  akur....nazir juga yang betul. Sebab mereka guna kitab SKPM. Memang susah mengajar kalau guna kitab itu. Tapi kalau yang boleh ikut memang terbaik. Boleh jadi guru cemerlang... Tidak ada guna kita nak sanggah-sanggah sangat, kita berazam je la untuk perbaiki mana yang boleh.. Yang penting berfikiran positif kerana apa yang dinyatakan itu adalah yang terbaik. Terpulanglah kepada kita sama ada mahu jadi yang terbaik atau tidak. Memang nak jadi yang terbaik bukannya mudah.
           Sebenarnya banyak lagi cerita cikgu-cikgu yang kena cerap ini. Rasanya semuanya  menerima dengan postif. Biarlah apa mereka nak kata atau berapa markah mereka nak bagi.  Kita terima sahaja. Kita buat kerja kita dan biar mereka buat kerja mereka. Berbahas berjela-jela pun tak guna... Pihak yang menang kita dah tahu. Yang penting hidup mesti diteruskan..Inilah kerja kita....inilah dunia kita. Dunia pendidikan yang penuh cabaran sekarang ini. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
         
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan