SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Sabtu, 11 Februari 2012

GURU-GURU SUA BERKURSUS DI KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM

Semua guru SMK Ungku Aziz Sabak Bernam telah menyertai LADAP Siri 2 tahun 2012 yang dijalankan di Kolej Komuniti Sabak Bernam pada hari Sabtu 11 Februari 2012 yang lalu. Kursus kali ini bertajuk Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). Kursus ini telah dihadiri oleh hampir semua guru SMK Ungku Aziz.
        Tajuk SPSK ini dipilih untuk LADAP kali ini kerana SMK Ungku Aziz telah diplih untuk melaksanakan SPSK di daerah Sabak Bernam bermula pada tahun 2012 ini. Sehubungan dengan itu, semua warga pendidik sekolah ini perlu diberikan penjelasan yang sebaik-baiknya sebelum dilaksanakan sepenuhnya. Bagi tujuan tersebut, pihak penganjur telah menjemput Encik Japri bin Ismail, Penolong PPD Unit Kualiti memberikan ceramah dan pendedahan tentang SPSK ini kepada semua guru dalam kursus ini.Encik Japri dalam ceramahnya telah menjelaskan SPSK ini bukanlah perkara baharu yang perlu dilaksanakan di sekolah. Kebanyakan perkara tersebut telahpun dilaksanakan cuma yang kurang mungkin daripada segi dokumentasi dan cara penyimpanan dokumentasi itu yang perlu diperbaiki. Kebanyakan guru telah menerima SPSK ini dengan rasa positif demi memperbaiki sistem pengurusan yang sedia ada dan seterusnya. bersedia untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin.



  



                                              Selepas selesai sesi ceramah daripada Encik Japri, kursus diteruskan dengan pembentangan beberapa prosedur kualiti (PK) dalam SPSKini daripada Tn Hj Mohd Saari bin Mohd Sanusi (Pembelajaran dan Pengajaran), Encik Azman Ali (Pencerapan Guru dan Semakan Hasil Kerja Murid), Puan Bastiah Ramli (Pengurusan Panitai), Encik Abdul Razak Yahya (Pengurusan Peperiksaan), Tuan Haji Zainuddin Sahlan (LADAP) dan Encik Mastor Selamat (Pengurusan Mesyuarat).
Akhir sekali semoga LADAP kali ini akan dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman semua guru terhadap SPSK ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik sekolah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan