SALAM ZIARAH KE PORTAL CIKGU AZMAN

Rabu, 20 Jun 2012

PEMBUDAYAAN KONSEP SEKOLAH PENYAYANG SMK UNGKU AZIZ

SMK Ungku Aziz telah menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia agar mengadakan program Sekolah Penyayang yang melibatkan seluruh warga sekolah. Secara umumnya budaya penyayang ini memang telah diamalkan di sekolah ini dan [pada masa semakin diperkasakan selaras dengan penekanan yang diberikan oleh KPM.
       Melalui konsep sekolah penyayang ini diharapkan wujud rasa sayang menyayangi antara guru dan pelajar yang boleh memberikan impak postif kepada peningkatan disiplin dan pencapaian akademik. Melalui konsep ini, guru seharusnya tidak terlalu melihat akan kelemahan pelajar itu sahaja tetapi lebih kepada memberikan motivasi, sokongan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang hadir ke sekolah. 
       Sehubungan dengan itu, antara yang dilakukan oleh pihak sekolah ialah pentadbir sekolah dan guru-guru menyambut kehadiran pelajar setiap pagi dengan senyuman, memberi salam dan penghargaan kepada pelajar yang hadir. Pelajar disambut dengan mesra tanpa ada rasa prasangka dan rasa terpaksa. Guru-guru digalakkan sentiasa dan tidak lokek memberikan pujian kepada pelajar dan mengelakkan mencerca pelaajar-pelajar. 
       Selain itu banyak lagi yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam membudayakan konsep sekolah penyayang ini antaranya menjalankan program montor-mentee, program 3S iaitu Senyum, Sapa dan Salam dan sebagainya. Selain itu, budaya sekolah penyayang ini juga melibatkan ibu bapa misalnya program Hari Tambatan Kasih dan Cambahan Ilmu yang melibatkan perjumpaan ibu bapa penjaga dengan guru-guru sekolah untuk membincangkan soal akademik dan sahsiah pelajar-pelajar. Semua program ini mendorong kepada pembudayaan konbsep sekolah penyayang.
        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan