Fenomena mengantuk dan tidur di dalam kelas memang menjadi lumrah dalam kalangan pelajar hari ini. Rata-rata sekolah menghadapi masalah ini tidak kira pelajar sekolah harian biasa, sekolah berasrama atau sekolah berasrama penuh. Yang menjadi persoalannya ialah mengapakah keadaan ini berlaku? apakah yang menyebabkan pelajar-pelajar rasa mengantuk di dalam kelas? Adakah pengajaran guru membosankan? Adakah pelajar tidak berminat terhadap sesuatu subjek itu? Adakah suasana kelas yang kurang kondusif menyebabkan timbulnya rasa mengantuk? Adakah semua ini disebabkan oleh pelajar itu sendiri yang kurang tidur semasa di asrama atau di rumah? Adakah pelajar terlalu dibebankan dengan jadual waktu yang sangat padat dan waktu rehat yang sangat kurang sewaktu di sekolah? Adakah kerana pelajar terlalu aktif dengan kegiatan kokurikulum? Adakah semua ini disebabkan faktor makanan? Adakah disebabkan rasa lapar?Semua persoalan ini hanya dapat dijawab oleh pelajar yang terlibat.
Sebenarnya bilangan pelajar yang ngantuk dan tidur semasa di dalam kelas ini mungkin tidaklah seramai mana.Namun semakin hari semakin ramai pelajar yang mengantuk dan tertidur semasa berada di dalam kelas sama ada sewaktu tiada guru mahupun ketika guru sedang mengajar. Isu ini perlu ditangani kerana pelajar yang tidur sewaktu di dalam kelas sudah tentu tidak memperoleh apa-apa ilmu dan sudah pasti tidak akan dapat membantunya untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Kita harus melihat faktor atau punca keadaan ini terjadi.
Menyentuh soal mengantuk dalam kelas, isu ini bukanlah suatu isu yang baharu. Punca mengantuk ada banyak faktor. Kalau kita perasan betul-betul rasa mengantuk ini akan lebih ketara apabila masuk ke sekolah berasrama. Ini kerana sistem makan di sekolah berasrama mengikut jadual menjadikan para pelajar hanya boleh makan pada waktu yang ditetapkan. Berbanding kalau kita berada di rumah kita boleh makan pada bila-bila masa sahaja. Di asrama kalau terlepas waktu makan disebabkan sibuk atau tertidur maka pelajar tersebut tidak dapat makan. Hal ini amat menyumbang kepada faktor mengantuk dalam kelas terutama kepada para pelajar yang kurang berada.
Selain itu punca lain mengantuk dalam kelas adalah waktu rehat dan tidur yang tidak menentu. Malam ini tidur pukul 11 malam esok pukul 1 pagi malam semalam pukul 9.00 malam. Jadi tidur yang tidak konsisten waktunya boleh menjadikan pelajar jadi mengantuk dalam kelas. Ini disebabkan otak kita seolah-olah tidak boleh hendak menentukan waktu tidur kita yang sebenarnya. Justeru, otak akan jadi letih dan mulalah kita tidur sewaktu kita dalam kelas.
Makanan yang kita makan juga boleh menyebabkan kita mengantuk. Makanan yang berlemak seperti nasi lemak, makan makanan dalam kuantiti yang banyak semasa sarapan serta makan makanan yang tidak berkhasiat seperti 'junk food" yang berlebihan boleh juga menyebabkan mengantuk. Makanan berlemak yang dimakan akan menyebabkan proses pembakaran makanan tersebut dalam badan berlaku secara intensif. Proses pembakaran ini menyebabkan banyak oksigen dalam badan diperlukan untuk membantu proses pembakaran ini. Maka hal ini menjadikan oksigen kurang dihantar ke otak. Apabila kurang oksigen dihantar ke otak maka kita akan jadi mengantuk.
Tidur yang tidak cukup ataupun terlebih tidur juga menyumbang rasa mengantuk dalam kelas. Untuk itu adalah sangat baik jika kita sentiasa tidur pada waktu yang konsisten. Para pelajar sekolah seeloknya tidur 6 jam sehari. Tengah haripun kalau boleh tidur sekejap dalam lingkungan10 minit. Kalau tidak dapat lelap, baring dan pejamkan mata dalam 10 minit.
Cara untuk menghilangkan rasa mengantuk
sewaktu dalam kelas ialah pelajar senantiasa membawa bersama air
masak (air mineral pun boleh!). Mengikut kajian saintifik, otak kita
ini memerlukan 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak,
walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. apabila minum air, bendalir
badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Tetapi tidak
ramai pelajar yang mahu membawa air kosong ini kecuali pelajar Cina.
Selain itu apabila rasa mengantuk dalam
kelas, selepas cuba
menahannya tapi ternyata gagal, maka bolehlah keluar dari bilik darjah dengan
serta merta untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah rasa ngantuk akan hilang. Lebih
baik lagi kalau ambil wudhu. Pelajar
juga boleh pergi ke kawasan yang bercahaya, kawasan
yang bercahaya dapat menyegarkan mata kita yang berat.. Boleh duduk bawah
lampu, kalau kelas tuh gelap.
Gambar Hiasan Sahaja |
Gambar Hiasan Sahaja |
Gambar Hiasan Sahaja |
wow.........terbaek la cikgu azman.....siap tangkap gamba.....ahahahahahahaha..
BalasPadamperkongsian yang sangat bagussss cikgu azman
BalasPadamAnak saya asyik tertidur dalam kelas semenjak tinggal di asrama berbanding duduk di rumah..tapi apakan daya sekolahnya jauh dari rumah. Prestasi pelajaran agak merosot.mungkin pelajaran semakin sukar.kadang rasa sedih jga sebab semasa di sekolah rendah dia merupakan kategori pelajar cemerlang tapi bila menginjak form 2 ada penurunan prestasi pelajaran..perkongsian cikgu amat bmakna untuk saya betikan pada anak..terima kasih
BalasPadam