Selasa, 7 Februari 2012
SMK UNGKU AZIZ MENCATAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PMR 2011
Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 SMK Ungku Aziz Sabak Bernam telah mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011 yang lepas. SMK Ungku Aziz telah mencatatkan kelulusan 74.4 peratus dengan gred purata sekolah (GPS) 2.52. Kejayaan ini bertambah manis dengan kejayaan 14 orang calon mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Daripada 14 orang ini, 2 orang telah mendapat 9A dan selebihnya 8A. Kejayaan ini merupakan pencapaian yang terbaik SMK Ungku Aziz dalam peperiksaan PMR.
Antara pelajar yang telah mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011 ialah Nur Afiqah bt Md.Yusof (9A)dan Nurul Athirah bt Kamarunzaman(9A). Selain itu pelajar yang mendapat 8A pula ialah Abdul Hadi Mohd Faudzi, Mohamad Adib Akmal bin Abdul Halim, Muhammad Fazril Hafiz, Wan Hanif Fikri, Zainal Abidin bin Jamal, Nurul Farhanan bt Abdullah, Yusuf Ariff, Zharif Zainul Azfar, Kee Kia Yun, Gain Hui Cing, Nurhasniza bt Hassan dan Kee Ching Yi.
Kejayaan ini telah meneruskan tradisi kecemerlangan SMK Ungku Aziz di daerah ini. Ini disebabkan kejayaan ini telah meletakkan sekolah ini menjadi sekolah menengah harian yang terbaik di daerah Sabak Bernam. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjana kejayaan ini seperti moto sektor akademik sekolah ini SUA CEMERLANG KEJAYAAN DIJULANG. Bermula daripada Pengetua dan barisan kepimpinan pengurusan, guru-guru mata pelajaran yang gigih sehinggalah kepada kakitangan sokongan telah sama-sama mengembleng tenaga membantu kejayaan ini. Syabas dan tahniah semua. Semoga tahun 2012 meningkatkan lagi kejayaan SUA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan